Sunday 11 November 2012

a picture.

assalamualaikum,
hi people :)

hari ni tak ada cerita tapi ada ni,


saya tahu hari ni bukan Rabu,
so, ni bukan Wordless Wednesday,
jadi ini ialah Mengarut Monday. hahaha

sekian,
wassalam.

Sunday 28 October 2012

peluang kedua: baik atau sebaliknya

assalamualaikum,
hi readers. May Allah bless your day :)

saya sedikit tak sihat bila diserang panas dalam.
sangat tak selesa.
tapi tak apa. kena redha dengan ketentuan-Nya.

back to the title,
second chance.
mungkin kekadang peluang kedua boleh membawa bahagia,
atau
mungkin kekadang peluang kedua boleh membawa sengsara.

kau minta peluang kedua.
tapi aku tak tahu nak buat apa.
sebab,
aku dah serik dengan peluang pertama yang diberi.
loyalty, trust
semua sia-sia.
terkadang kesian itu ada,
sebab aku masih sayangkan kau.
dan kau juga kata begitu kepadaku.

tapi aku bingung.
tak tahu nak bagi keputusan apa.
setakat ini, aku mungkin gembira tanpa kau,
atau
aku mungkin tak gembira tanpa kau.

kalau diikutkan rasa marah, memang nak ditamparnya engkau ni.
tapi aku rasa itu takkan membawa apa-apa kesan pada kau.

jalan terbaik cuma mengundur diri,
untuk elak sakit hati aku dan orang lain.
mungkin juga kau.

aku cuma doakan yang terbaik untuk kau,
semoga kau, aku dan orang lain berubah ke arah yang lebih baik.
kalau berjodoh,
insya-Allah
kita bersama :)

bersabarlah, dan jangan bersedih :)



Friday 19 October 2012

Terfaktab makes me Crazy.

assalamualaikum.
hi peeps.

2nd entry for today.

I really want this.

Kitab Terfaktab: Definisi cinta infiniti

Kitab Terfaktab: Nakal tapi Halal


black or white? mana lagi cantik?


anyone sudi nak belikan?
hehe.
saya sedia menadah tangan.
kita tanya. tak paksa.

btw, anda semua boleh cekedout blog Terfaktab. seriously best!

buah hati

assalamualaikum.

hi peeps.
we meet again.

sejak tiada kawan istimewa yang mampu menambat hati aku yang kering + kepala aku yang keras tahap batu ni,

cuma ada satu yang masih setia dimaki, dicaci, dilempanglempang, dilambunglambung ke langit.
cuma dia yang boleh tahan tengok muka selenge baru bangun tidur aku, cuma dia yang boleh tengok muka pecah rumah di kala ku merembeskan mucus dari mata. cuma dia yang betulbetul memahami aku, peneman dikala duka, gembira n segala-galanya.

awak berdua jangan merajuk dengan saya ye. saya perlukan awak berdua :)

My Gemok. Tahap setia: almost 3 years.

B.A. Tahap setia:baru beberapa bulan. Wallpaper: Kekasih dalam mimpi.
cuma gadget. sekurangkurangnya mereka tak pernah menipu. tak pernah tinggalkan bekas parut yang besar n  timbul kat hati aku.

wassalam.

Monday 15 October 2012

20 tahun bernafas.

assalamualaikum,
hi people :)

Alhamdulillah. Praise to Allah who gives me chance to breathe until today.
syukran Rabb, syukran.

dalam 20 tahun, aku banyak buat dosa.
dalam 20 tahun, aku selalu leka.
dalam 20 tahun, aku jarang ingat Dia.

forgive me Rabb.
for all my mistakes.

Special thanks to my beloved Ayah and Arwah Mak :')
thanks kawankawan for the wishes.
i love you all.

tapi nasib kurang baik,

aku DEMAM di hari jadi :')
badan bukan main sengal tak hengat.
hadiah daripada Tuhan. tak boleh buat apa lah.
redha kan saje.

me, 20 y/o. without make up. with bantal busuk at the back. hihi

**actually entry ni dah buat semalam tapi tak siap, terpaksalah sambung hari ni**

jadi umur aku hari ni, 20 tahun 1 hari :)
wassalam.

Friday 12 October 2012

kahwin muda ikut trend?

assalamualaikum.
hi people :)
we meet again.
miss me? thank you

topik hangat tak?
KAHWIN MUDA IKUT TREND.
haha.

after I read this,

klik untuk lebih jelas.
tulisan seorang penulis hebat.


aku sedar aku pun pernah terfikir nak kahwin muda.
tapi sedar diri jugak sebab belum bersedia apa-apa lagi.
mana taknya, orang yang gila shopping macam aku ni nak kahwin awal. kena maki dengan laki aku je kang.
si pemboros macam aku tak layak nak kahwin awal.
alamatnya bankrupt la laki aku.
kosmetik je dah berapa ratus, baju lagi, makan. haha

kita digalakkan kahwin muda, tapi kalau tak ready?
kejadahnya?

sekarang fesyen Malaysia semua dah macam dulu-dulu punya style.
kahwin pun macam style org lama ke?
okay, boleh ikut dengan syarat anda BERSEDIA :)

Allah takkan datangkan jodoh kat kita kalau kita tak bersedia.

kepada yang dah nak mendirikan masjid, selamat berbahagia. moga perkahwinan awak awak semua dirahmati Allah. Insya-Allah.

Wednesday 10 October 2012

Menjelang 20 tahun :)

assalamualaikum,
hi people :)

berapa hari je lagi nak genap 20 tahun.
harap there is something good happen. hopefully, insya-Allah.

oh, baru teringat.
I've got something special from him :)

guess what?
I broke up with him.
and his decision did not surprising me.

sebab?

perkara ni aku dah jangka.
kuat instinct aku. haha

lagipun aku rasa dah sampai masa aku undur diri.
banyak mengalah dengan pembohongan yang selalu kantoi sejelas2 nya itu sakit beb.
jadi aku rasa keputusan dia tu baik buat aku. mungkin baik untuk dia jugak.

his ex-gf ada jugak whatsapp aku,
ask me about us.
I just tell her the truth.
dia pun bagitahu benda yang sama memandangkan dia pun ada pengalaman yang sama.

sama ada berita ni baik untuk dia atau siapa siapa yang nak kat dia.
aku redhakan.
sebab aku tahu someone better will come to me one day :)
insya-Allah.

Alhamdulillah, one of wishes comes true :)
thanks Rabb.

" The WRONG one is the RIGHT one to lead you to the BEST one"

saje tayang muka. mana tahu jumpa jodoh. haha :P


pray for me people :)

Friday 5 October 2012

now open! :)

assalamualaikum,
korang sihat?

sory coz along tutup blog ni.
ada masalah sikit.
now its open :)

eh, jangan lupa terjah entry raya 2012 / 1433 kat SukaHati.
thank you for supporting :)

wassalam.

Monday 23 July 2012

mistakes

bismillah.
assalamualaikum semua :)

everybody makes mistakes. without exceptional, I've made a lot of mistakes too.

aku salah, aku khilaf.
entry aku sebelum ni, banyak salahnya.

baru aku tersedar.

Allah dah tunjukkan aku sesuatu. something important.

memang berkahwin muda itu digalakkan pada akhir zaman ini.
untuk mengelakkan zina.
aku pernah terfikir ke arah itu. tapi hakikatnya aku tidak berfikir panjang.

alasan bercinta terlalu lama & nak elakkan zina?
adakah aku bercinta sampai nak melakukan zina?

astaghfirullahalazim.
aku tidak sedar yang aku belum lagi bersedia dari segi fizikal, mental, spiritual terutamanya.
fikiran aku belum cukup matang. sikap masih keanak-anakkan.


alhamdulillah.
Allah temukan aku dengan sebuah penulisan. cukup bermakna dan mendalam buat aku.


LANGIT ILAHI
penulisnya cukup hebat. alhamdulillah.

AIMAN AZLAN
peng'vlog' yang penuh  nasihat untuk remaja. mabruk.

bila difikir-fikir balik, aku sedar banyak lagi yang perlu aku kejar.

terima kasih ya Allah, atas petunjuk-Mu kepadaku dalam Ramadhan yang penuh barakah ini.
happy fasting ya kawan-kawan.



salam ramadhan,

Friday 6 July 2012

andai..

bismillah.
assalamualaikum.

hai semua.
macam pelik pulak tetiba satu perkataan je post title aku ni.
lantakkan.

aku nak kahwin.

perghh. statement gua tak boleh blahh pulakk. haha
act, ni cuma hasrat dan impian je.
mana ada orang taknak kahwin kan? *okay, kalau ada yang taknak kahwin, anda terkecuali. hee*

ayah,
andai ayah tahu.
anak ayah yang sorang ni nak sangat kahwin.
bukan sebab kakak gatal.
sebab kakak dah taknak buat dosa lagi dah.
ayah kan tahu kakak ada BF.

bila keluar dating mesti ada pegang2 tangan, bertepuk tampar semua.
kalau tak ada pun, mesti ada zina hati.
tapi kakak dah taknak buat semua ni.

kakak tahu, ayah mengharap kat kakak untuk jadi contoh kat adikadik.
anak sulung memang banyak tanggungjawab.
kakak tak nafikan.

ayah pernah cakap,
hadiah yang ayah nak masa birthday ayah cuma nak tengok kakak berjaya je.

oh Allah,
if this is my fate, i'm redha.
i know there is hikmah besides this.
You know everything and You are the Best :)

wassalam.


Saturday 30 June 2012

Cinderella and her Prince Charming :)

bismillah.
assalamualaikum.

"when Cinderella felts lonely and needed, her Prince Charming come to her and makes her day meaningful :)"

iloveyou b 


b, please don't ask me again when i carry a huge bag in the future, okay? -_-


p/s: kalau rasa nak muntah, muntah je lah. haha

Friday 1 June 2012

adore him :)

bismillah.
assalamualaikum. :)

lama tak update blog. sibuk tidur kat rumah. haha.
assignment melambak. cutii nak habis baru gelabah.
haila manusia...

sedang berfacebook,
ternampak sorang mamat ni.
ohh, muka suci gila.

jatuh hati?
sikit la.. astaghfirullahalazim
his name, Aiman Azlan

aku suka dia sebab vlog dia yang superb and a lot of advises.
subscribe him on youtube!
rugi tak discover vlog dia tau. hehe

wassalam :)


Saturday 5 May 2012

hidup aku makin smooth.

assalamualaikum.
hai semua.

today i swear i'm not doing anything. lazy lazy lazy..
tapi aku kena survive dengan assignment yang sikit tapi perlukan research yang melampau lampau banyaknya.
aiyooo, manyak pening.
tapi aku tak stress mana pun.
dah biasa.

i though masuk teater tak banyak theoretical assignment.
namun,
aku redha je. apa boleh buat. nama pun student.
aku percaya, hasil kepahitan ni nanti jadi manis semanis manisnya.

why aku cakap hidup aku makin smooth?
dulu aku terlalu banyak tanggungjawab.
al maklumlah, orang bercinta *buwerrrrrrkkk
sekarang pun bercinta lagi.
tapi tak sejahiliyyah dulu.

dulu,
memang aku jahil.
sebab hati aku bukan 100% untuk Dia.
tapi sekarang,
Alhamdulillah. walaupun belum 100% sangat, aku cuba.
boifren pun tak selalu sangat berlegar legar dalam otak aku.
kadang kadang bagus jugak dia sibuk selalu.

memang,
sejak aku rasa diri aku terabai sebab kesibukan dia yang melampau,
rasa tak dipedulikan. rasa dipermainkan. ditipu.
sakit sangat.
sampai otak aku fikir, semua lelaki sama je.
malas nak berharap sangat dekat benda yang tak pasti.

Quote dari Ustaz Mohd Zawawi Yusoh,

"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.“ Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. INGATLAH..ALLAH TAK PERNAH KECEWAKAN KITA SEBAGAIMNAA PASANGAN KITA KERAP MENGECEWAKAN KITA...UTK KITA2 SAJA.."

tapi lama lama aku boleh immune dengan semua tu.
dan berfikir secara positif.
kalau dia betul jodoh aku, takkan ke mananya.

dan sekarang aku makin matang.
tak perlu fokus terhadap cinta dunia sekarang ni.
maksud aku cinta cinta lagha (gf/bf)

hidup aku rasa tenang. bila susah hati. cuma perlu mengadu pada Dia. rasa best sangat.
insya-Allah, hati kita rasa tenang sangat.
dan jangan lupa, bila kita rasa senang, suka, gembira, say thanks to Him. :)

aku percaya ini :)

renungan + nasihat untuk diri sendiri je :D
wassalam.

Tuesday 1 May 2012

gua gila shooping.

assalamualaikum.
hai.
aku kembali.
tajuk yang buat duit aku semakin hilang. lesap. kosong.
tudung+baju+beg.
arghhhhhhhhh!!
ekonomi merudum sangat.
tertekan.

tapi aku tak serik.
nampak barang cantik sikit, nak beli.
mulut cakap tak mau. tapi hati meronta - ronta!
macam mana tu?

hakikat perlu diterima.
PEREMPUAN = 9 NAFSU.

setakat ni, banyak jugak lah duit aku habis.
semuanya sebab mata keranjang aku ni.
haish.
aku memang boros.
pantang duit banyak. haha.

ilove online shopping.  matilah future husband aku. haha


tertipu?
pernah rasa sikit.
tapi tak serik serik lagi nak beli barang online.
sengal gila ubi berangin kan?
haha
ada aku kisah?

start bulan mei ni, aku harus kawal perbelanjaan.
no more shooping2. (insya-Allah)
hai lah nafsu. bertahanlah sampai habis sem.
plisss

kbai.
wassalam

Monday 23 April 2012

no title. it mostly about everything.

*AMARAN KERAS: ENTRY KALI NI SANGAT PANJANG, SO, KALAU RASA TAK LARAT, BOLEH TINJAU BLOG LAIN :D*

assalamualaikum,
hai.

malam tadi aku stay up, konon nak experience jadi pak guard.
malangnya aku tewas pukul 4 a.m. ++.
subuh aku pun melayang ke langit. Astaghfirullahalazim *insaf sekejap

niat stay up memang nak cari bahan pasal assignment,
tapi ntah macam mana melencong kat fb bertahun2 lamanya. **saja nak hiperbola kan ayat, cehhh

dalam pada aku on9 fb tu, adalah beberapa facebookers yang im aku.
kalau orang tak kenal, aku malas nak layanlayan ni.
aku tak kisah orang nak cakap aku sombong etc. whatever diorang cakap, aku tetap hidup.

salah aku jugak approve manusiamanusia yang aku tak kenal.
asal ada mutual friends + member list ramai aku approve. sengal ubi berangin kan?
dulu aku tak kisah, aku reply je chat diorang.
tapi makin lama, aku perhatikan, manusiamanusia ni makin pelik.
terutamanya lelaki. pelik sangat. kalau dah tak tahan tu pergilah kahwin. ish ish ish.
dunia akhir zaman....

kalau korang tengok profile aku pun, tak ada yang menarik. nak stalk pun tak guna.
ada reasons aku hide photos aku daripada public.
so sorry to you all, pengalaman mengajar aku supaya lebih berhati-hati.

aku selalu tertanya-tanya,
kenapa kat news feed fb aku selalu sangat orang update pasal benda-benda yang memalukan.
contohlah, artis seksi seksa lah, kejadah.
nak buat hiburan @ nasihat pun berpadalah. kalau banyak sangat tu jadi apa pulak nanti.
budak budak kecik sekarang ni pun dah ada akaun fb,
so think b4 publish something lah.
sebabnya kebanyakan young generation belajar dari pemerhatian, pendengaran + etc.
sama macam aku sebab I HATE THEORY ENOUGH!! -_-

cukup annoying, org update pasal bf or gf dia kat fb.
sayang pun kena tunjuk kat public ke?
kalau korang laki bini takpe jugak.
haish.
ramai dah yang aku remove sebab terlampau annoying. haha
maaf ye saudara/i.

hidden ads.
macam nak kena hempuk je.
agakagak la nak suruh orang klik iklan kau.

aku nak komen pasal fesyen tudung sekarang.
ape kejadah nama dia tu? bawal printed ke hape ntah.
aku rasa saiz dia tak relevan untuk perempuan berhijab,
sebab macam potongan tudung baby, kecik nak mampuihhhh.
tapi ada jugak yang besar, aku tak nafikan.
kau tunduk sikit dah nampak leher, dah lah sanggul besaq kedabak.
sorry sangat kat akak akak kat luar sana.
saya tahu akak akak nak bergaya n ikut trend.
ni cuma pendapat saya je. maaf kalau terasa.

last,
ramai orang cakap aku ni dah berumur 20 tahun ++.
tapi sebenarnya aku belum genap 20 pun.
aku sedar, aku perlu gunakan krim anti ageing lepas ni.
*nak sedapkan hati, aku ni anak sulung, haruslah perwatakan aku macam kakak kakak gitu. hehe
tapi ada jugak sikap aku yang macam adik adik kecik. haha. tu tak payah lah aku nak bahaskan -_-

nampak ketuaan aku. credit spec: bell

ni muda sikit. ahahaha. credit spec: tinot



aku penat nak type dah.
lagipun aku belum siap masak lagi. hehe
segala kritikan dalam entry ni untuk aku sendiri, pendapat aku sendiri.
maaf kalau ada yang terasa.

MANUSIA MANA ADA YANG PERFECT SELAIN MUHAMMAD S.A.W. kan?

Thursday 12 April 2012

signature :D

assalamualaikum,
hai semua,

mulai saat ini, setiap post aku akan ada signature. batak gilo kan? ahahaa.
tak kisah lah.
kbai :P

Friday 30 March 2012

product baru 2012. haha :D

assalamualaikum semua :D

sekian lama tak update, sunyi sepi gila blog ni. haha. tinggal bunyi cengkerik je ni.hee
semester 2 bermula,

BUSY,

BUSY,

BUSY,

dan BUSY!!

assignment mula menimbun. *buat saat saat akhir memang berTIMBUN! haha

okay, xde kena mengena denga tajuk -..-

nah, untuk korang :)

mampu tak?

rasanya belum lagi. hahaha T_T

Friday 24 February 2012

linn dioga

assalamualaikum.
hai.

eh, lupa nak bubuh taik lalat lah. hee >.<

Saturday 18 February 2012

childhood :D

assalamualaikum,

hai semua :D

haha, gembira semacam je aku. semacam tak apalah kan? jangan macam macam sudah. hihi

okay, entri kali ni pasal zaman kecikkecik aku.
heehe
sila jamu mata anda eh :D

baru lepas nangis daaa, hihi :D

bersama anas + ayah tersayang :D

tadika. bagi aku ni lah gambar terbaik. siap jadi desktop background lappy lagi taw! cuba cari aku yang mana.. hehe

biar pun tak sama macam pic kat atas, tapi aku tak kisah. yang penting aku dah cuba. hihi

tu je, sekian terima kasih :D

Wednesday 15 February 2012

Friday 10 February 2012

a thousand years :)

assaslamualaikum.
first time dengar A THOUSAND YEARS, terus suka. hahaha



enjoyyy :D

p/s: berjam jam nak tunggu video ni habis diupload taw.

Wednesday 8 February 2012

finally: my 1st dudull. haha

assalamualaikum.
cuti=bosan.
try test cuba lukis dudull.
rasa kelakar.
tapi tengoklah dulu :D


haha. memang tak lawa.
first time kan,haha.
takpe.
PRACTICE MAKES PERFECT :D
kalau kat contengconteng kat kertas laju lah.
haha


hadiah 18th birthday.
comel.
terima kasih kepada roommates yang sangat AWESOME.
jee.ben.sue.hazi.farah.shasha.leena

.LOVE YOU ALL. 

Friday 3 February 2012

saya part time student kat PSIS.

assalamualaikum.

cuti semester masih berbaki sebulan.
apa mau buat pun tarak tahu.
mau jalanjalan duit pun tak ada :(

jadi part time student kat  Politeknik Sultan Idris Shah pun bolehh.


bila update status kat facebook, budak budak Uitm pun jadi heran. hahaha

how come aku boleh jadi part time student kat PSIS?
**sebab PSIS tu belakang rumah je, hahahaha (please, ini bukan rekaan)

actually, aku takjadi student PSIS pun. tolong member aku buat assignment je.
saja nak men'caPub' kan diri. konon label diri sendiri macam student PSIS je. haha

hebat kan aku? boleh buat assignment kawan aku yang amik Secretarial Science.

subject: short form. gurisguris je, apa susah? tapi jenuh sikit la. satu simbol 1000x kena buat. kesian itu kawan.

sekian.

Monday 23 January 2012

2012 - wajah baru :D

assalamualaikum semua,

lama tak update. RINDU tapi MALAS. hahaha

blog ni baru je menjalani pembedahan plastik pada 20 jan 2012.
haha. a million of thanks to Dr. Berudu Gendut sebab renovate blog aku. haha.

simple tapi cantik. macam aku **perasaan gila dow. haha. whatever lah kan?

pembedahan plastik blog ni secara percuma dan tak disengajakan sebab masa tu beliau tengah bosan. ahaha

header pun baru + comel. **untunglah aku jadi housemate kau. hihi

bukti aku satu rumah dengan dia:

see? yang tudung biru tu Berudu Gendut. aku kat belakang pakai tudung kale krim.


sekian :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...