Sunday 31 July 2011

kau!! memang!!!!!!!!

assalamualaikum semua~
heee, hari ni korang puasa tak? baru hari pertama takkan nak ponteng pulak kan? hee
puasa jangan tak puasa tau,,nanti tak dapat duit raya~hihi

disebabkan hari ni puasa, jadi along kena bangun awal, nak masak makanan sahur (ceitt, macam kau je yang masak tadi,,hee). so, aktiviti lepas bersahur bertukar + tak sama dengan tahun2 sebelum ni, (sebelum ni tido je,sebab tu la badan makin kembang even hari puasa,hahaha). pagi-pagi dah blogwalking,merayau sana sini,merempat,merempit,hah, macam-macam la,.

si gemok (lappy) kat riba along ni makin lama makin hot je~ lemak pun rasa berkurang, hahaha..cari-cari cooler nak bagi gemok ni cool.

jumpa..

letak gemok yang serba berat ni..

tetiba bau something yang tak boleh blah, kuat gile bau,,cari punya cari tak jumpa jugak..hah,lantak kau la~

tangan merayap kat bantal, grab punya grab,tiba-tiba tergrab benda lain..

eiii yewww, apa kejadahnya benda lembik2 + sejuk2 lagi ni..????

tengok tengok,hah amik kau, taek cicak 1 melekat kat jari kau~
busuk! busuk! busuk gilaaa!
even kau kecik je,apesal bau kuat nak mampoih~

adoii,kau!! memang tak!!!!!  sedap2 kau humban kau punya sisa kat bantal aku!! syyhhhh

nanti aku buatkan toilet untuk kau ye


*sabar sabar~puasa ni,,
bantal busuk aku tu,taw la  bau dia tak sebusuk taek kau~ nasib tak melekat baunya,,lega~fuhhhhh.

oh,my sweety pie hunny bunny busuk ku yang sedap di'ngempeng',sorry tak dapat elakkan kau dari sisa cicak tu,apepun kau tetap teman aku,kau la tempat aku ngences,kau la semuanya~ aku mana boleh tido tanpa kau! hihi

ok,selamat berpuasa
*off to kebun :D

yeay! esok puasa :D

assalamualaikum semua.. :D

ok, esok dah puasa, jadi aktiviti makan memakan akan tertunda. cukup-cukup lah dah makan untuk hari ni + semalam.



semalam dah baham KFC,kerang hangus,jus kedondong + kentang bulat-bulat yang super sedap!!

hari ni dapat durian,.(dah lama mengidam tau! hihi) + burger daging special~

last, puasa jangan tak puasa..hiihi

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK :)
semoga RAMADHAN kali ini membawa 1000 000 ++ rahmat untuk kita semua..

Friday 29 July 2011

SUPER RABBIT !!

assalamualaikum semua..

heeee~ ngantuk giloo,hohoho.. nak tido balik tak elok la kan,anak dara.. kena bangun awal,kalau bangun lambat-lambat tak kahwin-kahwin la gamaknya,hahaha sebab tak ada siapa nak bini keset (pemalas) kan? kan? kan? lagipun dah nak puasa ni,praktis! praktis! *semangat ni heee :D

hari ni nak cerita pasal arnab yang super powerrrrrr,, hihi

idea tercetus ni dah lama,tapi teringat balik masa  nak masuk bilik termenung,hihi..sebab ternampak arnab tu sedap tido bawah paip, amboi kau, sedap je tido ea..sekali hentak kaki (kuat+padu),lintang pukang kau lari,,hihi (tak ada hati+perut dow along) hahaha, sorry lah, terpaksa! urgent pulak ! hee :D

memang susah nak tangkap arnab ni,ala ala jinak-jinak merpati gitu,hihi
kalau dapat tangkap pun,sekejap je dia duduk dalam rumah dia tu, sat lagi dia merayau -rayau balik, last-lastnya,lantak kau la nak jadi apa pun kat kau! hahaha (gila kejam!)

arnab ni jadi kuat after dia consume power root! gilaa la,,haha, kalau orang yang besa ni pun bertambah tenaga, arnab ni lagi la 5 kali ganda tenaganya bertambah! hahahaha

boleh panggil SUPER RABBIT !! (nama baru tu, free2 along bagi tau, heehe)

super rabbit !! :D


sekarang jadi liar dah arnab ni,rumah baru dia kat toilet rumah along,hua hua hua
(sebab dekat dengan arnab belaan sepupu along,,alala, nak ngorat la tu, mentang2 kau dah hebat,,hiihi,, gatai naaa la haii)

ewwwwww???? wekkk!!

assalamualaikum semua..

haha,, ewwww,,gelinyewwww,, hahaha
entry kali ni un pasal shortform yang owunk ramai gnew zaman skunk ni,,(hahaha, gedik gila! rasa nak cepuk je kn?)

haha, cepuk je minah ni,hihihi, apa korang rasa bila ada orang text korang dengan bahasa ewwwwww ni? rasa menyampah tak? hahaha

kalau along, along rasa annoying gilaa kot,,sebab diaorang menyusahkan orang lain nak baca + faham apa yang diaorang nak cuba sampaikan. kalau paham tak pe la kan, tak jadi masalah pun..kalau tak paham macam mana? tak pasal-pasal orang yang tak bersalah kena hamun, tak ke haru jadinya~ hihi

along pun pakai shortform jugak, tapi tak ada lah sampai buat orang tak paham,,sory ea kalau entry ni keterlaluan, maklumla baru setahun jagung :)

busy + penat = seronok !!

assalamualaikum semua :)

sorry tau lama tak update blog ni~ busy berjalan dengan kawan-kawan :)

ok,entry kali ni along nak story pasal ke'busy'an along dari 24 Jul-27 Jul 2011.. hihi,busy tak busy~ memang tak lah kan. hahaha

24 JUL 2011


3.00 pm ++ ~ sampai stesen bas SABAK BERNAM. tunggu punya tunggu,bas nak pergi K.SELANGOR tak datang datang..apesal la lama gila ni?? nak dekat 3.30 dah ni..adoiii mana peginya bas ni??tak muncul2 dari tadi..

3.30 pm ++ ~ tetibe sorang pak cik ni datang kat kitaorang (along+ayah along). dekat,dekat,,dekat,,makin dekat..& sampai pun..hahaha. then,this pakcik salam-salaman dengan ayah & tanya nak pergi ke mana.. ayah along pu jawab la, "arek lungo kuala selangor, ditungguni bas ne orak eneng-eneng" (korang paham ke?hahaha_translation-nak pergi kuala selangor, dari tadi tunggu bas nya tak ada). dengan semangat nya pakcik ni berkata " bas dari kuala selangor dah tak operasi sejak 4 bulan dulu"

benteng dah pecah!


 WHAT??? OMG! OMG! apa nak buat ni derr??? hai, memang tak lah kan..kubu soket mata ni rasa nak runtuh dah sebab ada ramalan "hujan lebat" nak attack! (ciwek doh along!)..oh, kesengalan melanda along! nak naik ting tong dah kepala otak ni,terlamapu memikirkan macam mana nak pegi k.selangor tu~ BELI TIKET! yes, tiket! amik la tiket pergi k.l (terpaksa bayar lebih walaupun turun kat ijok je). nak tak nak kena la amik tiket pukul 5.45 pm sebab tiket 3.45 + 4.45 dah ilek..lagipun dah janji,mana boleh mungkir suka-suka hati (tak mau jadi munafik,okay!!) nak buat apa disamping nak menghabiskan masa tunggu bas yang lagi 2 jam nak sampai ni?

4.00 pm ++ ~ lawatan sambil belajar kat HTAJ (hospital tengku ampuan jemaah). hajat hati nak tengok pakcik saudara yang kena heart attack, tapi dah balik pulok..then, ayah along memang nak buat lawatan sambil belajar rasanya sebab lepas tu dia ajak pergi tengok wad perempuan pulak, nak buat apa? bukan ada sape-sape pun. jawabnya, "saje nak tengok wad arwah mak dulu" adoii, nak start feeling2 dah.. hahahaha

4.30 pm ++ ~ penat buat lawatan sambil belajar kat hospital tu,along pergi isi perut yang sedia kosong dari pagi tadi. fuhh,sedap gila mee bandung + carrot susu, hahaha (lapar balik dah ni). melepak la kitaorang kat kedai makan ni sampai pukul 5.00 pm ++.

5.00 pm ++ ~ sampai stesen bas ni balik, nak habiskan 45 minit tu bukan senang, terasa lama gila kot sebab tak buat apa-apa, duduk kat depan kauter tiket yang tak happening langsung~ bosan gila!!
ayah cakap nak balik kejap lagi, mulut along kata "balik la" (dlm hati kata jangan balik! air mata dah bertakung tapi tak penuh lagi,hihi), tetibe ayah duduk kat sebelah,tak jadi balik la tu,,hiihi,,lega! lega! lega!

5.45 pm + ~ bas pun sampai, bye2 ayah :) nanti sampai ijok,kakak call :D

7.45 pm ++ ~ sampai ijok sudah,,hihi, tinggal tunggu su @ mak su amik je. tak lama tu, mak kepada su amik along. sampai kat rumah dia,memang tak lah kan! banyak gila anak kucing comel-comel pulak tu..geram gila! ada la dalam >20 ekor,,banyak gila kan?? ada sugar glider yang comel tu dengan landak yang kian membesar..hahahaha..then,along bersembang sakan dengan cik Suhaila ni,makan-makan, solat, tidur! sebab esok nak kena bangun awal.. nak keluar dengan classmate masa kat matrik dulu :)

-antara kucing su yang membiak-biak kat rumah dia-

-sugar glider yang comel + pemalu-

dah besa dah sekarang~ hahahaha
>>> ayah, terima kasih sebab tunggu kakak :)
>>> awak, terima kasih sebab teman saya :D

25 JUL 2011

yeah, hari ni keluar dengan classmate,. jalan2 kat mid valley, sakit kaki woo, mereka (bell + sue) jalan laju gila, along terkedek-kedek kat belakang,adoii,,sakit kaki kot nak kejar mereka,macam main polis entry pulak,, hahahaha.

nak taw berapa orang je yang keluar? 3 ORANG JE beb! hhahaha, 3 orang pun boleh tahan taw,jenjalan sampai petang kot.hahaha

then singgah makan 'tako tao' . sedap giloo weh.. hahaha -bell belanja :) -

ni kedai nya :)
sedap gila kot!! hahahaha

pergi F.O.S. beli t-shirt -su belanja kami (: -

comel gila kan??
tengok cerita FLAT 3A yang tak seram tu,, hahahaha (sound effect je lebih, kasi suspen beb)


malam pulak,akak su belanja makan steamboat kat time square~
mana tak sakit kaki nya, berjalan terlebih. hahahaha :)

26 JUL 2011

hari ni pulak kitaorang pergi KLCC, jumpa roommates kat matrik dulu, eksited terlebih kot. hahaha. lama tak jumpa mereka, seronok! seronok!

oh,jee,ben,hazi,leena~ jumpa gak dengan korang ea.. terlepas rindu den..

kat KLCC ni jalan-jalan je cukup,barang-barang kat sini tak mampu kot nak beli,,hihi

berjalan la kami sampai petang,, hahahaha

27 JUL 2011

hari ni along balik ke tempat asal -SABAK BERNAM- yang cantik tuuu,,hahahaha
tiket pukul 12 tengahari. pagi-pagi pergi ikut su buat medical check up, sangat boring tak buat apa-apa tau, sampai keluar masuk toilet 2 kali, hahahaha

lagi 30 minit nak pukul 12, ayah su + su kelam kabut hantar along pergi pudu raya, nasib baik sempat, kalau tak, terpaksa amik tiket lain la jawabnya.

lepas tergesa-gesa panjat jejantas, sampai la kat dalam pudu tu, haishh, cantik giloo. dah macam airport kot, nak turun ke platform ni macam mana? siap berpintu-pintu pulak dah, ada 2 pintu..which one yang boleh lalu ni? pening sekejap kat situ, pusing2 keliling tu kejap, fuhh, nasib baik jumpa button ni. terbukak pun kau wahai pintu..

turun2, ingatkan bas dah sampai, rupanya kena tunggu 30 minit, cehhh, buat semput along je rushing tadi,,

bas datang terus naik , cari kerusi no.9. ok, duduk! lega! tetiba sorang pakcik tua ni duduk sebelah, muka menakutkan siot! bau rokok! (alah betul la dengan rokok2 ni, adoii)

then, pak cik ni nak ramah dengan along, tanya la "nak turun kat mana",,along pun jawab la "sabak bernam". lepas tu terus along tak cakap apa2, takut punya pasal~ hahahaha

sedap2 along tengah tido (tido2 ayam je), tetibe pakcik ni tersiku along, (ter la kot) along pun tak taw la.. kacau betul,, haishh, pastu pandang along dengan pandangan yang menakutkan! (bagi along la)

eeii, seram kot!

3.28 pm ++ ~ alhamdulillah,sampai sabak bernam,, lega gila~ penat tahan bau rokok taw,,hihi

dah la, tamat :)

credit to suhaila hani :)

Monday 25 July 2011

short update :)

assalamualaikum semua :)

insya-Allah malam ni along update blog ni~
banyak benda nak cerita ni, hihi

okk,, tata :))

Saturday 23 July 2011

misi tergendala~

assalamualaikum semua~

firstly, sorry to say sebab tak update blog ni semalam, penat gile kot. mana tak nya, pagi2 dah kena sorong sawit, balik2 kena amik adik-adik~ masak,, huii, memang tak la kan~ hahaha

ok, rasanya hari ni pun macam tak jadi nak masukkan cerita baru sebab mata ni da ketat sangat, hahahaha. even kalau tongkat dengan mancis pun boleh patah! hihi

& misi meng'update' blog ni hari-hari tak berjaya sikit,,


esok dah start long journey~ hahaha, poyo-poyo..

dapat mimpi dating dengan mamat ni ok jugak kan? hahaha

sampai sini dulu ye, nak tido dulu.. nyte korang, happy blogging yea  :)

Thursday 21 July 2011

miss u!

assalamualaikum semua :)

miss him la,,,
oppss! kan da kantoi~ hahaha,ni la guna nya bahasa inggeris kan?

kejap je dah boleh kantoi.. hahaha

sengal punya along,,

ok tu je entry kali ni, nak cerita lebih-lebih, malu pulak..

hahahaha,,



happy blogging yea korang.. :)

Wednesday 20 July 2011

patut ke aku pergi ??

assalamualaikum semua..

emmm, ok..patut ke along pergi?? pergi mana pulak dah ni.. go to hell? go to heaven? atau pergi mampos la kau! hahaha~ ececeh,. main-main je tu, maap,maap,maap (versi nabil) terkasar pulok..

along dalam dilema sekarang ni, patot ke along pergi uitm tu? belajar course (teknologi kreatif-teater-) tu?
adoiii, ana suda fening la,, surat tawaran pun belum accept lagi..

muka along tak la macam kakak  kat atas ni, hihi

ayah pun macam tak rela je along study course tu,, macam mana ni?? adoii, bila along cakap kat ayah tarikh tutup tawaran uitm tu hujung bulan ni, jawapannya~ ala, lama lagi......~

sebab musabab ayah tak rela :

1. course tu tak ada masa depan (ayah la cakap)
2. ayah nak along kerja jadi cikgu @ kerajaan (yang ada duit pencen)

tu la antara benda -benda yang ayah selalu pot pet pot pet kan (sebising bising ayah pun, along tetap sayang ayah.. haha, i love u lah ayah! hihi)

kawan-kawan semua cakap, "bukan tu ke yang kau nak?" , "jadi artis la nanti , dah femes jangan lupa aku." , " kau kan ada bakat "
haha, memang tak lah kan.. along = artis??? tak mau la!!

hmm, rasanya jalan terbaik  kena istikharah la ni~
ya Allah, tentukan lah yang terbaik untukku.. amin..


hmm,, suka teater tapi..

Monday 18 July 2011

kenduri @ ceramah?

assalamualaikum semua~

along nak habaq mai pasal malam tadi, siootttt gila kot~ rasa macam menyesal pun ada..baik tengok juvana kat rumah..

haha,apesal tiba2 along baran semacam je ni? (baran la sangat).. yeah,malam tadi adalah malam istimewa buat kampung along,bukan along k..

tepat pukul 9.00 malam,along dengan family along (ceeetttt,berapa orang je pun..hahaha) dengan bersemangatnya gerak ramai-ramai kat balai wanita kampung ni~

nampak tray-tray yang penuh dengan lauk pauk ni macam da lapo lak~ hehehe
eii, tak sabo nak makan~ hehehe

lalu sebelah tray tu,perghh,,tak tahan beb..rasa kaki ni nak menghala ke makanan tu je,hahaha......
tp....
ingatkan datang terus makan..macam kenduri biasa tu~ tapi kena duduk dulu sebab ada tahlil~

tunggu punya tunggu,ai apesal lama sangat tahlil ni..along da lapo giloo ni (saje nak hyperbola),,haha..tiba2 terdengar la ucapan - ucapan dari sape ntah~

perghh,lama amat deh,kalau nak kira berapa kaki  kali mulut ni terbukak,memang tak terkira la,,hahaha,,perut pun siap buat konsert amal untuk kampung ni,free tak payah bayar.. lau speech tu kitaorang dengar takpe,ni ape aje la yang dimelangutkan,,

ok,,dah nak 10.30 malam ni,,bila nak makan????
akhirnya,penantian yang paling seksa ni berakhir.. amik kau, along ambik banyak lauk tu,then..makan pun tak habis,,
kenyang..kenyang..alhamdulillah :))
cakap punya lama,makan sekejap je~

last sekali,bila da kenyang perut pun happy,mata lagi la kuyu~


lebih kurang macam ni la muka along..dahi berkerut *tension sebab lapar,hehe



lauk favorite along,,hahaha 
> haish,,lapar balik ni<

cinta + monyet?

assalamualaikum semua~

sorry la lambat sikit update entry hari ni.. ok,hari ni along nak story sikit pasal cinta monyet..hahaha,,rasa pelik pulak la tiba-tiba nak cerita pasal ni ., hehe, maklum la orang tak pakar dalam cintan cintun ni.. haha

cinta monyet/cinta budak-budak kecik.. along pernah alami la dulu,,,haha (kecik-kecik dah gatal).
mula-mula tu saja nak test test, macam best je tengok org ber'couple2' ni. .haha.. so along pun test la..(macam buat eksperimen kat lab pulak dah), haha

mula-mula tu macam best.. yela orang tengah angau..hahaha
teruk gila bila dah angau ni,banyak benda-benda tak berfaedah jadi berfaedah kat along,,hahaha (kritikal sangat dah ni)..

contoh benda tak berfaedah yang jadi berfaedah,antaranya :

1. bukukan peristiwa-peristiwa yang rasanya penting sangat daripada belajar.. hahaha
2. letak gambar special korang kat tepi bantal,bawah ke..malam sebelum masuk tido,tengok dulu..senyum sorang2.. hehe (gilo ke ape budak ni)
3. sanggup balik lambat semata-mata nak tunggu orang istimewa tu!! (along balik terus sebab lapar! no tunggu tunggu  ea)
4. main SMS taw! tulis pesanan korang kat special korang tu dalam buku,then korang past past past sampai kat buah hati pengarang jantung korang tu,,hahaha (ingat! kat sekolah tak boleh bawak handphone)
5. tukar tukar baju dengan couple korang, (konon boleh tido lena sampai mimpi-mimpi kan bf/gf korang)
6. main surat menyurat..macam jauh sangat je nak main surat-surat ni kan? 1 sekolah je pun
7. dating la,,kat port-port baik punya, supaya ketidakkantoian dengan cikgu-cikgu sekolah :)

itulah antara benda-benda yang pernah along tengok kat sekolah dulu..along? buat sikit je.. tak sampai angau tahap gaban..hahahaha

tapi cinta monyet ni bukan semuanya buruk,,ada jugak baiknya, contohnya, dia bagi semangat kat along nak belajar rajin-rajin sebab dia pandai..so,along pun nak fight dia la,,hahaha

cinta monyet tu biasa la sementara je,lau kekal sampai sekarang ni,,alhamdulillah la kan..

pesan along kat adik-adik yang tengah sekolah tu,
>> nak bercinta boleh,asalkan tak langgar batas pergaulan.
>>cinta-cinta jugak,tapi kena bijak! belajar jangan lupa :)
extra- kalau parents korang tahu pasal couple korang tu lagi bagus laa,, tak ada la diorang risau dengan siapa anak diorang kawan kan?


> jangan tiru aksi ni taw <

Saturday 16 July 2011

selamat menjadi warga emas love!!

assalamualaikum + selamat pagi..

hari ni hari istimewa buat EX-ROOMATE ku tersayang~ SITI NAJIHAH NATJMAN~
HAPPY BIRTHDAY LOVE !!
hehe..semoga kau panjang umur dan dimurahkan rezeki & tak lupa wish  happy dengan orang tersayang :)

rindu gila kat kau la~
rindu nak menari sama-sama,bukak puasa sama-sama, mandi sama-sama, semua la sama-sama,,hihi

kalau kita kat matrik ni, confirm kau kena bang-bang boom! ahahaha
tak pun kita keluar outing ramai-ramai,makan kat PEKAN BANTING yang panas gilaa tu..

erm,tapi tak pe,nanti aku belanja kau kat u k?
hehehe..NASI LEMAK BANTING ok x?
hahaha~
ok la,wish u happy happy selalu~
dah berjaya jangan lupa aku k?


love u sayang :)
-abaikan yang dibelakang, fokus di depan-

Friday 15 July 2011

berblogging hari-hari??

assalamualaikum semua :]

wish u all sihat & ceria2 slalu,ok..
ok, mengenai tajuk entry hari ni ~berblogging hari-hari~ ,ok insya-Allah along akan update blog ni everyday, insya-Allah ye bukan janji, hehehe

bukan ape, along sekarang ni ter'addicted' nak online je (penyakit online datang balik), hahahaha..al maklumla,sumber internet dah ada,.takkan la tiap2 kali online nak buka fb je or vf je,,blog ni pun nak kena "openi" (d'take care) jugak.hahaha..

ok,itu je..thanks to all followers yang menyokong along =]
sayang korang!!

alhamdulillah! semua orang gembira :]

assalamualaikum semua :)

hari ramai orang yang happy tahap giga! especially kawan-kawan along yang kat matrik dulu hehe. Nak tahu sebab pe? sebab hari ni keputusan upu keluar la. So,masing-masing pergi semak,termasuk la along yang macam tak ada perasaan nak semak result atas sebab KETIDAKISIAN BORANG UPU FASA 2!!! (haish along ni,buat rosak bahasa melayu je)

Alhamdulillah,mereka semua dapat u,tak kisah la kan u apa sekalipun,yang penting dapat sambung study. Yang tak dapat jangan sedih,ok? ada hikmah disebalik semua itu..

ok,actually,along pun tak percaya yang along dapat u jugak,sebab x isi upu fasa 2 tu. Memang dah patah semangat gila la bila orang lain bersemangat waja nak tengok result upu tu. Nak tak nak kena tengok gak kan?

ok,search kat google- SEMAKAN KEPUTUSAN UPU STPM/SETARAF..
then,muncul la link2 yang berkenaan. click punya click, ait apasal lambat sangat loading ni?? dalam hati da geram dah. Rasa nak give up je, apa nak jadi pun jadi la,,redha je ni..

jeng jeng jeng!!!

ok, dah habis loading. haish,tangan sejuk da ni,berdebar-debar,kepala tunduk bawah dan..

yes!!!

TAHNIAH! ANDA TELAH BERJAYA DITAWARKAN PROGRAM PENGAJIAN SEPERTI  BERIKUT:

tet! tak boleh bagi tahu. rahsia2! hahaha. poyo la along ni.. kan2?

along dapat uitm laa,, course TEKNOLOGI KREATIF(TEATER)..

ALHAMDULILLAH, praise to Allah :)

last, congrats kat semua kengkawan yang dapat u..
yang tak dapat jangan sedih ok? ada hikmah menanti :)

Saturday 9 July 2011

sorong sawit tarik sawit

salam semua..agak lama la tak update blog ni,calon PM la katakan,hehehehe
hari ni,saat ni,sekarang ni,along nak cerita pasal sawit. ye,kat kampung ni berlambak pokok sawit,merata-rata,pandang kanan sawit,kiri sawit,depan blakang jalan raya (takkan la nak sawit gak,tak boleh lalu pulak kang)
masa cuti yang lama ni,along ambil kerja part time,jadi assistant ayah tersayang la,.

kerjanya senang gila,jalan2 sambil bawak kete,jumpa buah sawit,kutip. senang gila kan?
nampak senang,tapi memang la sangat 'SENANG' , mana tak nye, rasanya buat benda ni lagi SUPER EKSTREM dari jungle treking kat dalam hutan (maybe boleh suggest aktiviti ni kat remaja ekstrem kot).

jalan dah la serabut dengan semak samun,lalang laling semua ada,pakai lak sandal asadi,buku lali tak tutup,maka bercalar la kaki along ni,macam haram pedihnya,tapi tahan je semata-mata nak duit,hehehehe. laluan yang semak samun yang penuh dengan jerangkap samar memang tak boleh pegi! dengan buah sawit yang berat lagi tergolek-golek masuk dalam parit,sudah kena masuk parit,angkut yang tergolek tadi. so lucky la coz parit tu kering.

balik2 rumah,ambik kau, tangan sengal2 rasa nak tercabut pun ada (poyo!poyo!),,telan panadol extend terus ok,hehehe
tu masa 1st time je sorong sawit je,dah bertime-time ni,musle bertambah,lemak berkurang! hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...