Wednesday 16 December 2015

beBeautiful by_soleha

Assalamualaikum.

hi guys, lama kakak tak update blog ni.

tujuan post kali ni, cuma nak promote ig kakak je.

kakak ni selain busy 24 jam dengan kerja kakak, kakak ada juga jual service.

service ni menarik cuma untuk perempuan la kebanyakannya, sebab kakak buat freelance make up untuk bertunang, nikah dan sanding. event tu boleh juga, tapi tengok timing available ke tidok.

As I do freelance, so, masa tu bergantung pada masa kakak ye. maaf sangat-sangat, hal ni memang tak boleh nak elak. harap faham situasi kakak yang biasanya sibuk. kalau interested, boleh bagitahu awal, senang kakak nak arrange cuti nanti.

BTW, kakak cuma cover area Sabak Bernam sahaja, keutamaan kepada kawasan sekitar Sungai Air Tawar lah ye. sorry again, transportation agak masalah bagi kakak.

Harga? Jangan risau, di bawah kemampuan anda.

papehal, boleh contact kakak kat solehasarkiah@gmail.com atau boleh tinggalkan nombor telefon kat komen ye.

boleh tengok hasil kerja kakak kat instagram beBeautiful by_soleha. nak senang, search aje by_soleha. takpun click aje katlink bawah gambar tu ye. Account kakak tak private, no worries :)



Wednesday 23 September 2015

cinta paling agung

Assalamualaikum.

Kebanyakan manusia pernah rasa disayangi, dicintai dan tak lupa jugak disakiti, dibenci. Well, i’ve been through all these feelings. Kadang rasa dunia ini tak adil sebab bila kau tengah sedih, emosi celaru, n contoh la masa tu kau tengah scroll facebook, kau ternampak pulak gambar-gambar bahagia kawan-kawan kau dengan pasangan dorang. Mesti kau rasa, kenapa dorang ni asyik bahagia je? Kenapa bila turn aku, macam-macam pulak dugaan yang datang? Hmmm.

Dulu, masa kakak mula-mula couple masa zaman sekolah yang sepatutnya focus kat study, kakak ada tanamkan keinginan nak jadikan cinta pertama ni (walaupun cinta monyet) sebagai cinta terakhir kakak. Hahaha. Memang lawak, tapi seriously kakak ada niat cenggitu. Tapi sungguh kalau kau yakin banyak mana pun tentang niat kau, kalau akhirnya cinta tu akhirnya bukan bawa kau kepada kebaikan, maknanya kau tengah buat silap besar.

 Ye, kakak tahu, kita tak boleh nak predict yang awalnya kita ni buat silap. Tapi kalau kau nak tahu kau ni buat silap ke tak, kau kena buka mata kau guna mata hati kau.

Jangan sebab satu kebaikan dia, kau tutup 1001 keburukan yang dia ada.

Kalau kau ada sifat macam ni, kau hancur dik. Trust me. Kakak dah lalui banyak benda yang mengecewakan diri sendiri. Puncanya ni lah, kau sayang gila kat orang tu pastu kalau orang yang kau sayang tu buat salah pun, kau tutup mata je. Sebab kau rasa dia pun sayang kat kau. Padahal, kau ni nothing je bagi dia.

Kakak selalu fikir benda yang positif je kalau benda-benda macam ni jadi. Kakak akan fikir, eh, dia kan sayang aku, takkan la dia nak buat macam ni kat aku, bla bla bla.. terutamanya bila kau dah bercinta bertahun-tahun lamanya.

Kesannya, sebab terlalu positif, dia senang-senang nak tipu kau. Senang nak pujuk kau (kalau kau jenis yang asal merajuk sikit kena pujuk, kakak tak. Hehe). But, most of all, hati kau akan sakit sebab kau duk menyedapkan hati kau dengan benda yang  terang-terang salah. Dengan orang yang belum tentu jadi bakal suami/isteri kau yang sah pulak tu.

Kakak bagitahu ni sebab kakak pernah rasa, kakak pernah jadi bodoh pasal benda yang belum pasti lagi. Yelah, bercinta dah lama takkan nak end up macam tu je kan? Tapi last-last hubungan ni tak sampai ke mana. Mana tak nya kalau sebelah pihak je duk pertahan hubungan yang bertahun ni sebab sayang, tapi sebelah pihak lagi buat dek je. Tapi tak jugak, kalau dah Allah tu tak izinkan kiteorang bersama, banyak mana pun usaha, tak jadi jugak. Ye dakk

I give up.

Awal-awal tu tak boleh nak move on. Tapi lama-lama lali dah. Biasa dah rasa tak dipedulikan, biasa dah rasa diri ni tak penting, biasa dah rasa sakit hati sendiri, biasa dah kena bodoh-bodohkan.

Sekarang,

Kakak dah boleh chill up, boleh redha, tenang. Memang awalnya rasa buang masa pada orang yang salah. Tapi, Cuma letak kat sudut positif jelah. Kekadang kan Allah datangkan orang yang salah sebelum jumpakan kita dengan orang yang betul. & Allah juga takkan turunkan ujian buat hamba-Nya melebihi kemampuannya.

So, relaks. Ni baru lah kehidupan. Huhu.

Bila dah single macam ni, hidup kakak lagi happy kot. Insya-Allah. Ada juga jumpa orang yang nak tackle (ecehhh perasan!) tapi setakat ni kakak taknak ada komitmen cinta kat lelaki ajnabi kat luar sana tu. Bukan memilih, tapi i’m soooo tired of being hurt. Cukuplah, sampai hati pun dah tawar. Seboleh-bolehnya kakak nak elakkan lelaki bujang atau suami orang ada apa-apa feeling kat kakak. Sebab kakak tahu, apa perasaan gf or bini dia sebagai perempuan bila dipermainkan. Setakat nak buat member boleh lah. Kakak jadi susah nak percaya kat lelaki sekarang ni. Maaf, tapi ni kenyataan :’(

Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
“ tidak termasuk golongan kami, barangsiapa yang bersumpah dengan amanah, dan barangsiapa yang merosak hubungan seorang wanita dengan suaminya atau seorang budak dengan tuannya.”
-dipetik dari filem Cinta Paling Agung-

Oh, lupa, ayah pernah cakap, umur 25 tahun, tu dah kira tua sangat & boleh kahwin. Huuuuu T_T
Emm, biarlah Allah aturkan hidup kakak. Kalau due date ayah sama dengan aturan hidup kakak, ye Alhamdulillah. Hihi. Takpun, senang-senang suruh ayah jelah yang carikan. :D

Kakak tak memilih, Cuma kakak harap, dia boleh terima kekurangan kakak seadanya. Boleh bawa kakak ke Syurga pun dah cukup. Handsome, kaya tu bonus. :D


Doakan yang baik-baik untuk kakak. Terima kasih sudi baca karangan panjang lebar. May Allah bless you always, my silent readers J

Wednesday 22 July 2015

masa mengubah kita

Assalamualaikum.

sekian lama menyepi, kini kembali dengan ucapan selamat hari raya maaf zahir batin.

semenjak menginjak umur 23 tahun ni, saya bahasakan diri saya kakak je. sebab kakak rasa kakak ni dah tua kan. takpela kakak redha dan sedar makin lama makin lanjut usia kakak, makin lama makin dekat dengan mati.

sebenarnya kakak nak cerita perkembangan hidup kakak setakat kakak mendiamkan diri selama lebih kurang setahun lebih ni.

kakak bukan nak tunjuk riak ke apa, tapi alhamdulillah sejak akhir-akhir ni kakak lega sangat kakak boleh terima sikit-sikit cara berpakaian muslimah yang sebenar. ye, selama ni kakak memang teringin nak rasa berfesyen gaya islamik yang ikut syariah. kalau ada orang tudung labuh berpurdah, baju longgar, lalu sebelah kakak pun, kakak rasa malu. yela, kita dah lah pakai baju cukup kain cuma tak menepati syariah Islam yang sebenar, tetiba lalu pulak orang berpurdah jubah semua lalu depan kita. mana la tak malu. entah-entah, orang yang lalu depan kakak tu pun malu tengok kakak pakai baju yang tak cukup nak menggambarkan diri kakak ni orang Islam. tapi dalam hati ni kakak harap juga, orang yang tudung labuh lalu depan kakak ke, ternampak kakak tengah tak semenggah ni kan, doakan kakak jadi macam dia orang jugak.

tapi kakak ni perangai tengah nak elokkan sikit-sikit. mulut kakak la terutamanya, bab mengomen nombor 1, tak terlepas lagi dari dosa mengumpat itu ini. tapi kakak percaya hidayah Allah tu jelas depan mata kakak. sebabnya tiap kali akak tercakap benda yang bukan-bukan, kakak cepat sedar, "MACAM AKU NI BAGUS SANGAT NAK MENGATA ORANG ITU INI. ISH, TAK BAIKLAH CAKAP ORANG MACAM TU."

ALHAMDULILLAH, kakak masih ada rasa bersalah kalau tercakap orang itu ini. maklumlah kakak dilahirkan dengan sifat jujur yang sangat tinggi. sampai ada satu tahap dulu boleh menyakitkan hati orang. kakak kena tukar mind set lepas ni yang memungkinkan orang akan berkata baik pasal kita. bersangka baik kan lagi bagus.

ALHAMDULILLAH jugak kakak ramai kawan-kawan yang nak ajak kita jadi baik. actually, kakak terbuka hati nak pakai yang ikut syariat Islam ni pun pasal kakak tertengok kawan kakak. masa tu kakak rasa, "cantik jugak kalau pakai macam ni, bukannya outdated sangat pun. kalau dia boleh buat, kenapa aku tak cuba buat jugak kan?" terima kasih Allah sebab kurniakan kawan yang bawa aku ke jalan kebaikan, jalan yang Engkau redhai.

-okay dah habis pasal ni. kita cerita lain pulak-

kakak akui semenjak dua menjak ni, kakak sensitif sikit bab-bab kahwin ni. yela, kakak ni perempuan. mesti lah risau tu ada. dengan calon yang macam ada takde je. mana tak risau. umur dah 23 T_T

lagi lah kawan-kawan kakak dah ramai yang tunang, nak kahwin, yang dah kawin, yang dah beranak-pinak. cemburu tahu! Depan dorang semua memang kakak buat kental je. tapi dalam hati ni, Allah je la yang tahu.

Tapi kakak sedar diri, kakak ni dulu pun jahatnya bukan main. tak nak kalah dengan syaitonnn. orang penuh dosa kan, kena sedar diri. lagi pun ada ke orang nak perempuan macam kakak ni kan? IMPERFECT SANGAT-SANGAT KOT! T_T

Bila sentuh bab macam ni, kakak positifkan diri je. letak dalam otak, rezeki aku bukan dekat kahwin lagi. mungkin rezeki aku untuk bahagiakan family dulu. baru la rezeki kawin ni ada. mungkin Allah tu masih mendambakan cinta aku pada-Nya. yela, selama ni pun aku ambil ringan je apa yang Dia suruh wajib buat. mana la rezeki tu tak jauh T_T

pasal jodoh ni, kakak serah dan redha pada Pencipta kita. tak larat dah nak kejar cinta manusia yang entah apa-apa. cukuplah nanti kalau Allah kurniakan seorang lelaki yang boleh bimbing kakak masuk Syurga sama-sama dengan dia. tapi nak dapat lelaki macam ni, kena baiki diri dulu lah kan.



Doakan kakak yang baik-baik. Moga semua pembaca yang baca post ni (kalau ada yang baca, huuuu T_T) tergolong dalam orang-orang yang beriman. Marilah kita sama-sama kejar cinta Allah dan masuk syurga sama-sama :)


p/s: ni tulisan random kakak. apa yang terlintas, kakak tulis. maaf kalau banyak kali terulang 'dialog' yang sama T_T

terima kasih sudi baca.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...