Friday 22 April 2011

~kalau rumah tak ada tiang macam mana?~

Idea nak tulis entry hari ni datang dari ayah lah,,hmm,ni semua gara-gara along terskip subuh pagi tadi..hmm,,abis kena leter,,nak buat macam mana,nak lari takut pulak,nanti di cop anak kurang ajar,tak nak along jadi macam tu..

Hmm,ayah cakap..jangan la tinggal solat, tak kesian ke kat ayah dengan arwah mak nanti (mak along da tak ada L),takkan nak bagi mak api je kat kubur tu..ayah dah ingatkan,maksudnya ayah dah lepas,nanti Dia tanya mak kamu,kenapa anak kamu tak solat?macam mana?nak nangis along dengar ayah cakap macam tu,tapi cover2,nanti tak comey la,,hee

Hmm,soalan yang mula-mula ditanya kat sana nanti pasal solat,cukup ke tak.. kalau tak cukup nak jawab apa?masa tu mulut tak boleh nak back up,anggota badan yang akan cakap benda yang betul,kita?terima je la balasan yang Allah bagi,sama ada baik ke buruk..

Tinggal solat = rumah yang tak ada tiang,,macam mana kalau rumah tak ada tiang? 

Conferm la roboh kan? Hmm, semua orang tahu solat ni benda wajib..kalau benda yang wajib pun kita tinggal, apatah lagi benda-benda sunat yang kita tak buat..

INGAT!, syaitan tu takkan berhenti menghasut manusia sampai hari kiamat, manusia pun tak pernah berhenti buat silap kan..jadi sebagai sorang manusia yang masih bernyawa di bumi Allah ni,banyak-banyak la berdoa,mintak ampun kat Dia,tunaikan apa yang disuruh,tinggalkan apa yang dilarang..

Mari lah kita renungkan bersama-sama,along pun bukannya perfect pun,,selalu jugak buat silap,kalau buat something yang jahat tu,mula la dapat balasan,cash pulak. Nak menyesal pun da terlambat,nasi dah jadi bubur kan..

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Kalau doa kita dimakbulkan dengan segera, maksudnya Allah menyayangi kita,
Kalau doa kita lambat dimakbulkan,maksudnya Allah nak menguji kita,
Kalau doa kita tidak dimakbulkan, Allah sudah menggantikan doa kita dengan pahala,
Sentiasalah bersangka baik kepada Allah,kerana  Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

~LasT dAy At KmS~

Huaaaaa.. hari ni dah kena keluar ke??ala..tak mau laa,,tak sanggup nak berpisah dengan korang (roommate2 + kawan2),,tak nak!!

ANDA DIMINTA UNTUK MENGOSONGKAN BILIK DAN MENINGGALKAN KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR SEBELUM PUKUL 7 MALAM

Ala,kena ke balik??hmm..yela2 (muka redha je),,

Habis je paper bulat2 ABC kimia (objektif),terus merendek jumpa budak2 kelas..hehe,tak ramai pun, ada la dalam 4-5 orang,hehe..lepak2 kat ko’op,lepas tu pergi kat bilik member,tengok video sat,,huhu,,ambik movie mana yang patut,game mana yang patut,huhu..

Call ayah,ayah cakap dah sampai jusco bukit tinggi,,OMG! Belum settle kemas barang lagi! Adoii,,dengan tergesa-gesa panjat tangga sampai tingkat 3,senak otak weyh sebab kurang oksigen,,macam nak mampuih den rasa..haha,ok ¾ dah siap..tinggal lagi ¼ belum settle,ok..call ayah kejap,nak tanya perkembangan perjalanan dia..hmm,ayah kat pekan banting..arghh!!dah dekat sangat la tu..adoii..

Kemas punya kemas,,settle pun..hehe,,sekarang misi nak turunkan encik dan cik gajah yang super berat ni(barang2),,hurm,beratus-ratus kali turun naik tangga,,tingkat 3 pulak tu! Memang la hari tu rasa kurus macam hilang 5 kg,,hahaha..ok,barang yang last tinggal handbag n borang checklist barang2 hostel..

Sebelum keluar dari bilik,,sempat la nak buat rancangan jejak kasih dengan roommate2 n roommate tak rasmi..hehee..peluk2 n say kita sayang jee,ben,sue,leena,lily..alamak farah tak sempat pulak sebab dia dah balik dulu..hmm L

Sempat gak ea tangkap gambaq dengan lily..hehe..

Dah sampai masa nak berpisah dengan korang~sedih,,huuuuaaaaaaaa..

Babai korang,kita sayang korang L

Sekarang masa untuk mencari lecturer sebab nak suruh tandatangan checklist tu..ok,penat ronda,,akhirnya jumpa,,dapat tandatangan kena pergi bilik penyelia pulak,,adoii,banyaknya prosedur kena buat..sampai kat bilik penyelia tu sempat sembang2 kejap,,hehe (memang habit kot jumpa orang je,sembang)

Ok,,kunci dah bagi..keluar lalu padang Polaris..tiba2 terdengar orang jerit nama,so’ol!! (nama yang senior along bagi masa kat hostel sekolah menengah dulu,huhu)Ye,dari mana datangnya suara yang bak buluh perindu itu?? Pandang je atas nampak macam orang tengah bergayut kat tingkap,,ohh,sue,jee,ben n leena rupanya..haha,,they say..<babai ol>,,banyak kali pulak..rasa sedih + terharu pulak,,

SO’OL! Yeah satu lagi suara yang datang entah dari mana,,tengok kanan tak ada sape,kiri,depan,belakang tak ada jugak..haish,heran2,,pusing pulak atas,,ok belakang sikit..yeah,nampak suspek yang di cari,,huhu,,ohh,,bell..she say babai too..hmm,nak nangis tapi tak boleh,,

Ayah dah sampai lama pulak,macam mane la boleh tak perasan,,hmm,ok time to go,,bye kawan2,bye KMS L

Thanks for everything my dear friends,,hope our friendship will everlasting..

along sayang korang <3

~sUpRiSe~




Di suatu pagi hari selasa,(19 April 2011)..

Peristiwa berlaku semasa saya sedang duduk atas katil jee..

Along: weh,korang sini jap!(ceh,mentang2 ketua bilik..sambil menuding jari kat jee + ben)
Ben: jap2..
Along: aish,cepat2! (belagak taiko,hahaha)
Jee: (sambil duduk kat lantai depan katil dia)..kenapa ol?
Along: duduk je dulu..aben! cepat sini,,
Ben: ok2,,kenapa ol? (sambil sila atas lantai)
Along: aku ada benda nak bagi, before tu, tutup mata dulu..
Ben + jee pun tutup la mata mereka..
Along:tadah tangan macam orang nak doa..

Diaorang pun buat la macam yang saya suruh..tersengih2 si ben n jee ni..

Along pun keluarkan la 1 per 1 tshirt dari plastik ..

Along: ok yang ni untuk aben..(sambil letak satu tshirt atas tangan dia)..ait2 jangan bukak mata dulu..yang ni pulak untuk jee,,(sambil letak 1 lagi tshirt kat tangan jee)..sekarang boleh bukak mata..
Ben: eeeii,,seronoknya..terima kasih ol..
Along: sama2..suka tak?

Cepat2 ben angguk taw sambil tersengih sampai telinga..hahaha

Jee: aarghhhh! Thanks ol..hehehe
Along: sama2..
Jee: eh,bila ko beli button ni?
Along: baru je tadi,,kat ko’op..hehe..bila ko masuk kedai tu aku cepat2 masukkan button ni kat poket,,hehehe..korang test la,mana tau tak muat..hehehe..

Along pun test la baju along sekali, ok,mereka punya ok,,along punya macam mana pulak ea?hmm,alamak..sempit kat perut,,apa punya boroi la along ni,,hahahaha,,memang dari kecik macam ni,nak wat cam mana lagi,,hehe..tu lah,jee suruh amik saiz m tak mau,nak s gak,,amik kau,,hahahaha..

Tetiba jee kuakan coklat dari beg badminton hazi..

Jee: nah,untuk kau..
Along:eh, bila kau beli ni?
Jee: baru je kat ko’op tadi..hehehe
Along: thanks jee.. J

Jee + Ben..

Lepas ni korang tak dapat lah nak bandingkan bakul baju aku yang serupa labu sayong tu dengan korang punye bakul tu lagi..

Lepas ni ben tak dapat lah tidur kat tengah2 antara jee dengan aku lagi,tak dapat tengok movie sama2,tak dapat menari + karoke sama2,gossip sama2,mandi sama2,gelak sama2,tak dapat la belajar bahasa jawa dengan aku lagi,,hmm,,terlalu 
banyak memori dengan korang laa,,hehe

Ben,kau macam adik la,,manja dow,,haha,,kalau lapaq tu tak yah ngaku tak lapaq ok? Aku dengan jee kan ada..hehe

Jee, kau pulak macam kakak ben,tapi macam adik aku gak,kira angah la..huhu..kau ok jee,,comel..adorable,,kau la supplier bilik,,hehe

Along pulak,macam along la dalam bilik tu..hari2 menggila dengan budak2 ni,,huhu,,

Bilik AP2-T3-21,,dalam kenangan..

Lepas matrik ni,aku harap korang keep in touch yea..jgn lupe aku..nanti kita jumpa kat zoo,ok?hehe..love u a lot!!


~t-shirt jee~

~t-shirt ben~

~t-shirt along~

~aN aWeSoMe DaY!~

Peristiwa ni terjadi pada hari ISNIN (18 April 2011)..

Yeah,,exam dah habis secara tak rasminya,,haha, sebab ada lagi satu paper ABC yang belum di bulatkan jawapannya,hehe

Masa yang ditunggu akhirnya datang jugak,,plan yang dirancang menjadi,,itu sesuatu yang sangat menarik,,main bowling dengan roommate sejati(termasuk roommate yang tak rasmi)alamak,,tak berapa happening laa,sorang lagi roommate(BEN) tak ada pulak sebab dia pergi outing dengan budak kelas..

Aish, takpe2 life must go on, apa pun yang jadi saya mesti laksanakan misi bermain bowling dengan mereka..go go go!

Sampai je kat pekan banting terus cari KFC, isi lemak + karbohidrat dulu,hehe.. sebenarnya bukan apa pun,perut dah lapaq gila ni..seronok sagat dengar konsert amal kat perut ni dari pagi tadi sebab fikir nak outing,outing dan outing..hehe..

Ok, journey diteruskan lagi, destinasi dah dekat sangat la tu,belakang THE STORE je,,hehe,,tengok sekali macam bangunan tinggal je,seram gila tahap nak demam suhu ,,hehe,,ok perjalanan diteruskan lagi,,jalan punya jalan mak ai,ada CC la kat sini,2 pulak tu,,tengok luar cam bangunan tinggal je,bak kata SUE macam HAUNTED CHANGI,,tapi ambik kau,sampai 2 CC dia sediakan untuk korang,,hahaha..gila advance..

Hurm, jalan punya jalan tak nampak pun pusat bowling kat sini,ada ke tak sebenarnya? Tengok kat luar ada je sign board pusat bowling tu tapi tak nampak apa2 pun,,ok,kita tanya yang pakar a.k.a roommate tak rasmi(FARAH),,hehe,,

Bagai orang yang terkena heart attack,saya terkejut bapak la sebab pusat bowling tu kat tingkat 5,memang semput la nak panjat tangga sampai tingkat 5 tu sebab tak ada lift,,nah,ambik kau..sampai pun..terkembang-kembang hidung semua orang nak sedut oksigen,hahaha

ENTER! Yeah,sejuk..terbeliak mata den,macam 5 star punya tempat,,hahaha,tengok luar, macam tak ada pape..ni betul2 surprise,hehe..
Urusan bayar-membayar serah je kat roommate rasmi + roommate tak rasmi (JEE + LEENA),,urm,ok, rasa-rasa tak nak main la,,sebab tak pernah main pun,pegang bola bowling pun tak tahu,jejak pusat bowling ni apatah lagi,,tak nak2!

Apalah daya hamba ini,nak escape dah tak sempat,mereka dah bayarkan pulak,,sekarang ni kena main jugak la walaupun tak tau main,,huhu

Tiba giliran saya..huish,seram gila,tangan sejuk,perut kecut,jantung berdebaq-debaq,,nak masuk jari yang mana ea kat 3 lubang kat bola bowling ni?? 

Hmm,ok,,masuk je thumb kat 1 lubang tu,2 lagi masuk jari telunjuk n jari hantu,,(jangan tiru perbuatan ni,ok? Sebab dah sah2 salah,,haha)..hehe..

1st golekan bola,,hmm,tak kena kot,,kosong..haha..try lagi,,kena la sikit 2 3 pin,,huhu..golek punya golek,dah habis 1 game,,n kami kalah pulak..

Sambung 2nd game..jeng jeng jeng,,saya semakin hebat,hahaha,,2nd game ni seri pulak dengan roommate(JEE)..hehe,,best2..group kami menang pulak,,hehe,,hebat kan? Mungkin sebab pakai nama ahli kumpulan SUPER JUNIOR kot,,haha,,rasa macam artis sekejap,huhu..macam tak nak balik pulak sebab dah seronok sangat main,hehe,,tapi mana boleh nak tinggal kat sini..terpaksa la balik,,huhu

Destinasi seterusnya,SURAU!! Ada tanggungjawab yang belum settle lagi iaitu solat asar..hehe..siap solat terus merendek kat seluruh pelosok pekan banting ni,,hehe..jalan2 sampai nak dekat pukul 8 malam,cari cenderamata untuk roommate tersayang..hehe,,

Ok, main dah,jalan2 dah,sekarang masa untuk balik!! Ini kali kedua saya buat jahat sebab balik lewat,,hehe..(ala,tak pe la..lagipun lagi 2 hari je nak kua matrik,,hehe)..dengan muka yang tak bersalah,masuk pagar punch kad matrik,,terus jalan menonong,,hahaha..

Sampai je bilik,terus terbongkang atas katil,eh..solat maghrib belum settle lagi!!

SPECIAL THANKS TO: JEE,SUE,FARAH,LEENA,LILY,,

Tak lupa gak NABILA + NADIA + MILA..

Sebab bring this memory in my life..LOVE YOU ALL <3


farah~jee~along

<leena~farah~along~jee> sengal!

<leena~sue~along~jee> MENGGILA!

isi lemak + karbohidrat kat KFC

semua orang dah sampai ! MISSION COMPLETE~

before the 1st game

~golekkan hebat dari jee~

~nabila~leena~nadia~lily~mila~

yeah,itu dia sue dan leena!

ni along yang baru 1st time main,,huhu

sue lagi!

this is farah :)

result second game,,gempak ouh..hehe

~i'M bAcK~

So sorry sebab dah lama tak update blog ni,,busy katanya,,haha.. budak pekse lah katakan,,hehe..along rindu gila la kat blog ni,,serius!hahaha

Ok,sebenarnya banyak along nak cerita kat semua, tapi nak masukkan banyak cerita dalam ni takut serabut la pulak kan? Hehe,, jadi,nantikan entry2 baru ok?

Sekarang along banyak gila masa free sebab ada gap dalam 5 bulan kot before along dapat tawaran masuk u,,hehe,,matrik dah lepas,tinggal tunggu result je,,hopefully x hancus..amin..(walaupun paper cam hampeh je)

Hmm,last word,,insya-Allah,along akan kembali aktif dalam blog ni balik..haa,thx to all yang follow along k.. ;)

Friday 8 April 2011

~sOrRy~

assalamualaikum,.sorry to all readers coz da lme x update blog ni,,hehehe,,bz nak final la katekn..(eceh,study ke??)..hahaha..insya-Allah lepas 20 april nanti banyak la masa nya nak berblog2 ni..hehehehe..wish me luck 4 my final ok!!..syg u all..hehehe
i'm sorry..wish me luck ok?

Saturday 2 April 2011

~O.M.G!!!~

Oh my God!! Apa terjadi kat saya ni?? Sawan ke apa? mabuk pe perempuan ni? Kena rasuk pe la so’ol ni??hahaha

Actually, I’m ok je..xde masalah pun.. roommates n jiran sebelah terkejut kukang tengok siti soleha anak sarkiah ni wearing kain batik

Yes,tepat sekali! Pakai kain batik..hehehe,,(bukan batik mahal yang YB selalu pakai tu ea) Kenapa nak terkejut pulak?bukan dah biase ke orang perempuan berkain batik??haha,,mane la tak terkejutnye, sepanjang kat matrik ni mana la pernah aku berkain batik,,kalau ada pun masa awal2 masuk sini je,,tu la sebab & puncanya mereka agak terkejut beruk di situ..hehehe

Hmm,tetiba lak ada feel nak pakai kain batik,so,pakai la dia..nasib baik la x lupe cara2 yang betul nak pakai kain tu,,kalau lupe,habislah..mungkin kain tu nanti diikat pakai tali rapia@tali pinggang..hehehe,,xpun gulung je cara orang laki..hehehe

Sebenarnya, ada sebab la tetibe nak pakai kain ni..hehehe..kalau saje2,malas kot nak pakai..sebabnya ialah,,,,,,,,,jeng,,,jeng,,jeng,,, SHORT dah habis!,,lom basuh lagi,,,hehehe,,tu la rase sesak gila! Nasib baik la ada penyelamat yang betul2 selamat!(ALHAMDULILLAH)..lega rasenye,,hehehe,,nak pakai track suit malam2 macam panas lak nanti,,maklum la mamalia,asyik nak berpeluh je,,hihi…

Selalunya memang short menjadi trademark dalam hidup ni,,hehehehehe..mana tak nya,sejak pertama kali pakai,feel dia menggamit2 suruh pakai lagi,pakai lagi,pakai lagi,pakai lagi,,sampai la duit ni pun macam senang je nak terbang pegi kat tokey kedai menjual pakain dan barangan serbaguna tu,,haish,xpe2..ayah cakap jangan bakar duit sudah(beli mercun),,duit terbang xpe..tapi disebalik xpe2 tu pun,ayah geleng kepala gak,ape nak jadi la kat anak perempuan dia yang sorang ni, duit habis beli short je..hehehe..

Xpela,orang bukan beli mercun pun kan?kan?kan?? (ada aje la yang dijawabnya,,)

Si jiran sebelah a.ka.a SUE ni pun takut pulak nak menegur dari jauh,,(mungkin dia teringat cerita jangan tegur,hehehe) sebab takut tersalah orang,,(boleh menyamar la lepas ni,xpun boleh isi borang kerja sambilan jadi detektif lepas matrik ni) heheehe..

3 hari berturut-turut layan kain batik..*terpaksa..hehehe

Ok la,2 je,,tata J

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...