Sunday, 14 August 2011

"about me" contest by aisyah


assalamualaikum semua :)
hai hai hai,,hahaha, *dah start pening la ni, hahhaa
okay, ni second contest yang along nak join,, korang nak join skali tak? boleh klik SINI


saya SITI SOLEHA BINTI SARKIAH, dengan ini mengaku bahawa gadis comel di atas adalah saya sendiri **erk? perasan gilaa** saya sedar saya hanyalah budak yang bekerja sebagai penanam anggur yang berjaya di rumah,,haha, okay..enough -.-

disebabkan along ni anak yang terbantut dalam family, jadi along sering direndah pendekkan dengan adik2 along,,sob sob sob..*tangkap syahdu la pulak!

along taw along sweet,,**lagi mau perasan daa** tapi bila dah naik angin, tak sempat nak terapung di udara, semua orang dah nyorok dalam almari..tu belum transform jadi singa betina lagi tu, hahahaha

tapi.. along ni cepat simpati beb! tak caye? buat la muka lapar depan along, confirm along belanja :)
along ni ciwek (cepat nangis) okay + cepat je merajuk, tapi tak lama *ayat2 sikit dah ok :D

lagiii..

along suka try benda-benda baru tapi benda elok2 je taw!! hee~
kalau shopping dengan along, leceh bagi perempuan, senang bagi lelaki sebab along tak suka nak lama-lama kat tempat shopping tu, dah dapat benda yang nak, cabuttt !! ngee~

ok, mostly ramai orang cerita pasal pakwe makwe kan?  along nak cerita pasal MAK :')

along kehilangan mak masa along umur 6 tahun, (kalau along 6 tahun,adik2 along lagi la muda, sorang 4 tahun,sorang 2 tahun, sorang masih baby) terlalu muda rasanya tapi nak buat macam mana kan.. Allah lebih sayangkan dia :)

peristiwa yang tak boleh lupa, bila adik perempuan along yang umur 2 tahun tu tanya kat ayah along,

''ayah, kenapa mak kat dalam tu?(sambil tunjuk kat dalam lubang kubur)''

lagi la lebat air mata ni mencurah-curah ke ladang gandum macam koko krunch! hee~

ok la tu je~
wassalam ;)



6 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...