Saturday, 9 July 2011

sorong sawit tarik sawit

salam semua..agak lama la tak update blog ni,calon PM la katakan,hehehehe
hari ni,saat ni,sekarang ni,along nak cerita pasal sawit. ye,kat kampung ni berlambak pokok sawit,merata-rata,pandang kanan sawit,kiri sawit,depan blakang jalan raya (takkan la nak sawit gak,tak boleh lalu pulak kang)
masa cuti yang lama ni,along ambil kerja part time,jadi assistant ayah tersayang la,.

kerjanya senang gila,jalan2 sambil bawak kete,jumpa buah sawit,kutip. senang gila kan?
nampak senang,tapi memang la sangat 'SENANG' , mana tak nye, rasanya buat benda ni lagi SUPER EKSTREM dari jungle treking kat dalam hutan (maybe boleh suggest aktiviti ni kat remaja ekstrem kot).

jalan dah la serabut dengan semak samun,lalang laling semua ada,pakai lak sandal asadi,buku lali tak tutup,maka bercalar la kaki along ni,macam haram pedihnya,tapi tahan je semata-mata nak duit,hehehehe. laluan yang semak samun yang penuh dengan jerangkap samar memang tak boleh pegi! dengan buah sawit yang berat lagi tergolek-golek masuk dalam parit,sudah kena masuk parit,angkut yang tergolek tadi. so lucky la coz parit tu kering.

balik2 rumah,ambik kau, tangan sengal2 rasa nak tercabut pun ada (poyo!poyo!),,telan panadol extend terus ok,hehehe
tu masa 1st time je sorong sawit je,dah bertime-time ni,musle bertambah,lemak berkurang! hehehe

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...