sorry la lambat sikit update entry hari ni.. ok,hari ni along nak story sikit pasal cinta monyet..hahaha,,rasa pelik pulak la tiba-tiba nak cerita pasal ni ., hehe, maklum la orang tak pakar dalam cintan cintun ni.. haha
cinta monyet/cinta budak-budak kecik.. along pernah alami la dulu,,,haha (kecik-kecik dah gatal).
mula-mula tu saja nak test test, macam best je tengok org ber'couple2' ni. .haha.. so along pun test la..(macam buat eksperimen kat lab pulak dah), haha
mula-mula tu macam best.. yela orang tengah angau..hahaha
teruk gila bila dah angau ni,banyak benda-benda tak berfaedah jadi berfaedah kat along,,hahaha (kritikal sangat dah ni)..
contoh benda tak berfaedah yang jadi berfaedah,antaranya :
1. bukukan peristiwa-peristiwa yang rasanya penting sangat daripada belajar.. hahaha
2. letak gambar special korang kat tepi bantal,bawah ke..malam sebelum masuk tido,tengok dulu..senyum sorang2.. hehe (gilo ke ape budak ni)
3. sanggup balik lambat semata-mata nak tunggu orang istimewa tu!! (along balik terus sebab lapar! no tunggu tunggu ea)
4. main SMS taw! tulis pesanan korang kat special korang tu dalam buku,then korang past past past sampai kat buah hati pengarang jantung korang tu,,hahaha (ingat! kat sekolah tak boleh bawak handphone)
5. tukar tukar baju dengan couple korang, (konon boleh tido lena sampai mimpi-mimpi kan bf/gf korang)
6. main surat menyurat..macam jauh sangat je nak main surat-surat ni kan? 1 sekolah je pun
7. dating la,,kat port-port baik punya, supaya ketidakkantoian dengan cikgu-cikgu sekolah :)
itulah antara benda-benda yang pernah along tengok kat sekolah dulu..along? buat sikit je.. tak sampai angau tahap gaban..hahahaha
tapi cinta monyet ni bukan semuanya buruk,,ada jugak baiknya, contohnya, dia bagi semangat kat along nak belajar rajin-rajin sebab dia pandai..so,along pun nak fight dia la,,hahaha
cinta monyet tu biasa la sementara je,lau kekal sampai sekarang ni,,alhamdulillah la kan..
pesan along kat adik-adik yang tengah sekolah tu,
>> nak bercinta boleh,asalkan tak langgar batas pergaulan.
>>cinta-cinta jugak,tapi kena bijak! belajar jangan lupa :)
extra- kalau parents korang tahu pasal couple korang tu lagi bagus laa,, tak ada la diorang risau dengan siapa anak diorang kawan kan?
> jangan tiru aksi ni taw <
akak stat pandai bercinta ni darjah 4 tau..haha..dasat betol cinta monyet akak..pk2 balik, mmg klaka
ReplyDeletehaha,, biasa la tu,, along pu ada rasa yang sama tapi tak luahkan pun~ hehe *malumalu
ReplyDelete