Tuesday 6 May 2014

moga Soleha menjadi Solehah

assalamualaikum.
hai pembaca.
aku tengah bosan. tu yang boleh update blog tu. walaupun sebenarnya banyak keje nak kena buat.

cerita terbaru, aku dah lepas viva (presentation tesis). alhamdulillah so far so good lah kot.
haha.
tapi lepas dah habis viva ni, makin menjadi-jadi malasnya nok.
entah kenapa lah. 
walaupun tinggal nak betulkan sikit je lagi tesis tu, walaupun banyak benda kena buat untuk seminar teater, walaupun banyak nak kena buat untuk assignment tradisional, walaupun banyak benda lagi nak buat untuk show muzikal mencorak destini, walaupun nak kena siapkan skrip filem pendek.
tapi sekarang tengah mood malas. bosan pulak tu.
bila nak rajin?
tunggu seru mood rajin datang. haha.

"aku dah berpisah dengan kekasih aku." 
puihh, ayat aku tak nak kalah dengan Shakespeare. haha
biarkan.

orang dah tak nak, orang dah serabut, orang rasa terkongkong, buat apa nak tahan-tahan lagi?
"let it go, let it go, can't hold it back anymore"

bertahun menyulam cinta yang terlarang, akhirnya terputus jua.
memang lah aku sedih, kecewa.
tapi aku redha je. orang dah taknak. buat apa terhegeh-hegeh kan?

so, ayah, setakat ni kakak takde calon lagi untuk menantu ayah. nak kena kahwin umur 25 tu tak tahu lagi.
sekarang pasrah je pada yang Esa. kalau ada jodoh, insya-Allah, ayah dapat lah menantu nanti. mihihi.
doa-doakan lah ye.

kepada awak, terima kasih lah ye. awak buat saya jd lebih kuat.
awak bagi saya kesedaran dan peluang untuk patah balik mencintai pemberi perasaan cinta ini.
terima kasih. saya tak salahkan awak. doa saya moga awak bahagia & sentiasa ada dalam redha-Nya.
kalau terbaca blog ini, doakan saya jadi manusia yang lebih baik ye ;)

banyak manusia, kita tak tahu perasaannya, hatinya, dalamannya macam mana. jadi, saya mohon ampun dan maaf sekiranya pernah terkasar bahasa. lumrah manusia sentiasa melakukan khilaf.
aku sedang cuba menjadi manusia yang lebih baik.
walaupun aku tahu, ada yang akan berburuk sangka, mengata belakang, aku tak kisah.
moga Allah melindungi kalian.
dan
moga Soleha menjadi Solehah.
insya-Allah. permudahkan jalanku, Rabb.

wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...