Friday, 16 May 2014

Social Networking dan ...

assalamualaikum,
selamat pagi pembaca.
sebenarnya aku nak update awal lagi pagi tadi.
tapi sebab internet slow + hujan,
jadi aku tido lah dulu. haha

tajuk aku hari ni berkenaan rangkaian media sosial dan ... (akan dirungkai kejap lagi)
haih, zaman sekarang ni semua orang mesti ada akaun facebook, twitter, google+ semua kan?
dan semestinya ada yang teraddict sampai terbawak-bawak ke tidur, right?

itu aku, tapi dulu lah.
rasa macam dua benda ni makanan aku tiap hari.
aku akui, dua benda ni tempat aku meluahkan apa yang aku rasa, apa yang aku rasa nak tulis, aku tulis.
tapi aku memilih jugak.
aku tak lah luahkan semua kat facebook, sebab aku rasa facebook tu semua orang boleh baca dan terlampau public (pandangan aku).
so, aku lebih memilih twitter lah.
itu tempat aku meluahkan rasa, kekadang pun main nak update je apa yang aku nak update.
basically, itu internal punya benda yang aku update untuk pembacaan followers aku.
kekadang bukan nak suruh diaorang baca pun.
saje nak update.

tapi yang jadi persoalannya, bila orang yang kita kenal update benda yang baik-baik atau buruk-buruk, confirm dalam hati kita ada terdetik,
"eleh, kau bukan baik sangat pun, sibuk update status alim-alim. ingat aku tak tahu realitinya kau macam mana?"

kalau update kemarahan atau apa saja yang buruk, ada jugak orang nak kata,
"ish, teruknya perangai dia. tak sangka dia macam ni"

ada juga sampai timbul fitnah, contoh lah,
si polan terbaca si A ni update status etc, pastu si polan ni menyampaikan pada si B, pastu si B ni mengamuk lah kat si A.
padahal A tak maksudkan apa-apa pun atau tak tujukan pada si B pun.
pendapat aku lah, si A cuma luahkan rasa.
bila berita disampai-sampaikan, jadilah fitnah entah apa-apa.
so, nak update status pun kena tengok orang sekeliling.
takut nanti jadi macam ni, dah.. satu hal lagi.
lagi satu janganlah perasan sangat ye.
buat tak tahu je.
aku spesis orang yang macam ni, buat tak tahu je.
buat apa nak menyibuk hal orang.
sebab bagi aku, aku pun tak betul lagi, nak sibuk betulkan orang, nak buat apa?

kekadang rasa stress juga.
bila orang yang kau kenal ada dalam list kau, duk sibuk bertanya.
pastu bila tak puas hati dengan jawapan yang diberi, buat spekulasi sendiri.
heh, i want my own space lah. please jangan kacau. kalau tak suka unfriend/unfollow je.

orang buat baik, ada yang kata, orang buat buruk, ada yang kata.
si mangsa kena terima lah, sebab;
MANUSIA NI SUKA JUDGE SPESIS DIA SENDIRI

aku tak cakap aku baik macam malaikat, aku ni serba kekurangan.
aku tak cakap apa yang aku tulis ni betul atau tak.
ini cuma luahan rasa. internal aku.
sorry lah ye kalau entry ni ada buat yang terasa.

wassalam.

Tuesday, 6 May 2014

moga Soleha menjadi Solehah

assalamualaikum.
hai pembaca.
aku tengah bosan. tu yang boleh update blog tu. walaupun sebenarnya banyak keje nak kena buat.

cerita terbaru, aku dah lepas viva (presentation tesis). alhamdulillah so far so good lah kot.
haha.
tapi lepas dah habis viva ni, makin menjadi-jadi malasnya nok.
entah kenapa lah. 
walaupun tinggal nak betulkan sikit je lagi tesis tu, walaupun banyak benda kena buat untuk seminar teater, walaupun banyak nak kena buat untuk assignment tradisional, walaupun banyak benda lagi nak buat untuk show muzikal mencorak destini, walaupun nak kena siapkan skrip filem pendek.
tapi sekarang tengah mood malas. bosan pulak tu.
bila nak rajin?
tunggu seru mood rajin datang. haha.

"aku dah berpisah dengan kekasih aku." 
puihh, ayat aku tak nak kalah dengan Shakespeare. haha
biarkan.

orang dah tak nak, orang dah serabut, orang rasa terkongkong, buat apa nak tahan-tahan lagi?
"let it go, let it go, can't hold it back anymore"

bertahun menyulam cinta yang terlarang, akhirnya terputus jua.
memang lah aku sedih, kecewa.
tapi aku redha je. orang dah taknak. buat apa terhegeh-hegeh kan?

so, ayah, setakat ni kakak takde calon lagi untuk menantu ayah. nak kena kahwin umur 25 tu tak tahu lagi.
sekarang pasrah je pada yang Esa. kalau ada jodoh, insya-Allah, ayah dapat lah menantu nanti. mihihi.
doa-doakan lah ye.

kepada awak, terima kasih lah ye. awak buat saya jd lebih kuat.
awak bagi saya kesedaran dan peluang untuk patah balik mencintai pemberi perasaan cinta ini.
terima kasih. saya tak salahkan awak. doa saya moga awak bahagia & sentiasa ada dalam redha-Nya.
kalau terbaca blog ini, doakan saya jadi manusia yang lebih baik ye ;)

banyak manusia, kita tak tahu perasaannya, hatinya, dalamannya macam mana. jadi, saya mohon ampun dan maaf sekiranya pernah terkasar bahasa. lumrah manusia sentiasa melakukan khilaf.
aku sedang cuba menjadi manusia yang lebih baik.
walaupun aku tahu, ada yang akan berburuk sangka, mengata belakang, aku tak kisah.
moga Allah melindungi kalian.
dan
moga Soleha menjadi Solehah.
insya-Allah. permudahkan jalanku, Rabb.

wassalam.

Monday, 24 March 2014

Final Semester, Final Year! :)

assalamualaikum.
its been a quite long time i'm not updating my blog. *sigh
actually ada je masa nak update kalau diikutkan. cuma malas je.
ye, penyakit malas ni masih lagi melekat kat aku even aku dah masuk final semester untuk degree aku ni. *biasalah tak sedar diri.

and now i'm busy with my final project and mini thesis. there is no time to main-main.
presentation thesis or known as VIVA will be held on 30th April 2014.
so, i need to work hard on this. T_T

there's a lot of things happened last year and selama aku tak update blog.
relationship conflicts; family, friends and spouse.
sometimes, i feel like i'm give up on this. but, if i did it, nothing will change and maybe it become worse.
nak tak nak kena faced jugak.
believe or not, there's always a hikmah for anything happened in your life.

dalam menempuh konflik yang rasa macam nak duduk laut tak nak timbul-timbul, alhamdulillah hikmah yang diberi oleh-Nya sangat besar and bermakna untuk budak tak genap umur 22tahun macam aku ni.
I've got Dean List for Semester 4 and 5.
semester 4 rasa macam tak cukup tangan, tak cukup masa nak buat semua assignments yang lecturer bagi. 
mana taknya, semua berebut-rebut nak bagi hujung-hujung sem.
tapi alhamdulillah, kurniaan Allah bagi tak ternilai, even dosa aku ni terlalu banyak kalau nak diikutkan. sampai rasa macam ada dalam list tak dapat kurniaan berharga macam tu.

aku ni bukanlah orang yang warak. aku cuma orang biasa yang percaya pada satu kepercayaan.

"banyak mana pun dosa yang kau buat, tak kira la besar ke kecik, jangan lupa kerjakan apa yang wajib."

kalaupun ada yang perlekehkan aku punya kepercayaan ni, aku tak kisah.
sebab yang judge aku bukan manusia. tapi Allah.
so, jangan fikir apa orang nak cakap. benda ni kau je yang rasa, Pencipta kau je yang tahu.

Alhamdulillah,
banyak kebaikan yang aku dapat walaupun aku rasa dosa aku dah berbakul-bakul sampai infinity.
dan insya-Allah, doa kau pun Dia akan makbulkan. cuma lambat atau cepat  je. Sabar dan terus berdoa. Dia suka kau merayu, mengadu domba, menangis.
yang penting jangan cepat give up.
aku ni pun ada keinginan nak jadi macam nama aku yang orang tua aku bagi ni. nama tu kan macam harapan dan doa diorang jugak masa kita merengek-rengek keluar dari rahim mak.
insya-Allah.

addition;
aku dah ada calon, tinggal confirm tak confirm je lagi, approve tak approve by both side of parents. mihihi.
insya-Allah, by 25 y/o aku mula hidup berdua. kenapa 25? sebab ayah dah bagi dateline sampai had umur tuuu jee.

okay lah, sampai sini dulu. tajuk post macam menyimpang je dengan cerita ea. haha
bye bye.

my everything. tiada dalam gambar: my late mom. al-Fatihah :')


May Allah bless you guys. Amin :)

wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...