Friday 22 April 2011

~aN aWeSoMe DaY!~

Peristiwa ni terjadi pada hari ISNIN (18 April 2011)..

Yeah,,exam dah habis secara tak rasminya,,haha, sebab ada lagi satu paper ABC yang belum di bulatkan jawapannya,hehe

Masa yang ditunggu akhirnya datang jugak,,plan yang dirancang menjadi,,itu sesuatu yang sangat menarik,,main bowling dengan roommate sejati(termasuk roommate yang tak rasmi)alamak,,tak berapa happening laa,sorang lagi roommate(BEN) tak ada pulak sebab dia pergi outing dengan budak kelas..

Aish, takpe2 life must go on, apa pun yang jadi saya mesti laksanakan misi bermain bowling dengan mereka..go go go!

Sampai je kat pekan banting terus cari KFC, isi lemak + karbohidrat dulu,hehe.. sebenarnya bukan apa pun,perut dah lapaq gila ni..seronok sagat dengar konsert amal kat perut ni dari pagi tadi sebab fikir nak outing,outing dan outing..hehe..

Ok, journey diteruskan lagi, destinasi dah dekat sangat la tu,belakang THE STORE je,,hehe,,tengok sekali macam bangunan tinggal je,seram gila tahap nak demam suhu ,,hehe,,ok perjalanan diteruskan lagi,,jalan punya jalan mak ai,ada CC la kat sini,2 pulak tu,,tengok luar cam bangunan tinggal je,bak kata SUE macam HAUNTED CHANGI,,tapi ambik kau,sampai 2 CC dia sediakan untuk korang,,hahaha..gila advance..

Hurm, jalan punya jalan tak nampak pun pusat bowling kat sini,ada ke tak sebenarnya? Tengok kat luar ada je sign board pusat bowling tu tapi tak nampak apa2 pun,,ok,kita tanya yang pakar a.k.a roommate tak rasmi(FARAH),,hehe,,

Bagai orang yang terkena heart attack,saya terkejut bapak la sebab pusat bowling tu kat tingkat 5,memang semput la nak panjat tangga sampai tingkat 5 tu sebab tak ada lift,,nah,ambik kau..sampai pun..terkembang-kembang hidung semua orang nak sedut oksigen,hahaha

ENTER! Yeah,sejuk..terbeliak mata den,macam 5 star punya tempat,,hahaha,tengok luar, macam tak ada pape..ni betul2 surprise,hehe..
Urusan bayar-membayar serah je kat roommate rasmi + roommate tak rasmi (JEE + LEENA),,urm,ok, rasa-rasa tak nak main la,,sebab tak pernah main pun,pegang bola bowling pun tak tahu,jejak pusat bowling ni apatah lagi,,tak nak2!

Apalah daya hamba ini,nak escape dah tak sempat,mereka dah bayarkan pulak,,sekarang ni kena main jugak la walaupun tak tau main,,huhu

Tiba giliran saya..huish,seram gila,tangan sejuk,perut kecut,jantung berdebaq-debaq,,nak masuk jari yang mana ea kat 3 lubang kat bola bowling ni?? 

Hmm,ok,,masuk je thumb kat 1 lubang tu,2 lagi masuk jari telunjuk n jari hantu,,(jangan tiru perbuatan ni,ok? Sebab dah sah2 salah,,haha)..hehe..

1st golekan bola,,hmm,tak kena kot,,kosong..haha..try lagi,,kena la sikit 2 3 pin,,huhu..golek punya golek,dah habis 1 game,,n kami kalah pulak..

Sambung 2nd game..jeng jeng jeng,,saya semakin hebat,hahaha,,2nd game ni seri pulak dengan roommate(JEE)..hehe,,best2..group kami menang pulak,,hehe,,hebat kan? Mungkin sebab pakai nama ahli kumpulan SUPER JUNIOR kot,,haha,,rasa macam artis sekejap,huhu..macam tak nak balik pulak sebab dah seronok sangat main,hehe,,tapi mana boleh nak tinggal kat sini..terpaksa la balik,,huhu

Destinasi seterusnya,SURAU!! Ada tanggungjawab yang belum settle lagi iaitu solat asar..hehe..siap solat terus merendek kat seluruh pelosok pekan banting ni,,hehe..jalan2 sampai nak dekat pukul 8 malam,cari cenderamata untuk roommate tersayang..hehe,,

Ok, main dah,jalan2 dah,sekarang masa untuk balik!! Ini kali kedua saya buat jahat sebab balik lewat,,hehe..(ala,tak pe la..lagipun lagi 2 hari je nak kua matrik,,hehe)..dengan muka yang tak bersalah,masuk pagar punch kad matrik,,terus jalan menonong,,hahaha..

Sampai je bilik,terus terbongkang atas katil,eh..solat maghrib belum settle lagi!!

SPECIAL THANKS TO: JEE,SUE,FARAH,LEENA,LILY,,

Tak lupa gak NABILA + NADIA + MILA..

Sebab bring this memory in my life..LOVE YOU ALL <3


farah~jee~along

<leena~farah~along~jee> sengal!

<leena~sue~along~jee> MENGGILA!

isi lemak + karbohidrat kat KFC

semua orang dah sampai ! MISSION COMPLETE~

before the 1st game

~golekkan hebat dari jee~

~nabila~leena~nadia~lily~mila~

yeah,itu dia sue dan leena!

ni along yang baru 1st time main,,huhu

sue lagi!

this is farah :)

result second game,,gempak ouh..hehe

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...