Idea nak tulis entry hari ni datang dari ayah lah,,hmm,ni semua gara-gara along terskip subuh pagi tadi..hmm,,abis kena leter,,nak buat macam mana,nak lari takut pulak,nanti di cop anak kurang ajar,tak nak along jadi macam tu..
Hmm,ayah cakap..jangan la tinggal solat, tak kesian ke kat ayah dengan arwah mak nanti (mak along da tak ada L),takkan nak bagi mak api je kat kubur tu..ayah dah ingatkan,maksudnya ayah dah lepas,nanti Dia tanya mak kamu,kenapa anak kamu tak solat?macam mana?nak nangis along dengar ayah cakap macam tu,tapi cover2,nanti tak comey la,,hee
Hmm,soalan yang mula-mula ditanya kat sana nanti pasal solat,cukup ke tak.. kalau tak cukup nak jawab apa?masa tu mulut tak boleh nak back up,anggota badan yang akan cakap benda yang betul,kita?terima je la balasan yang Allah bagi,sama ada baik ke buruk..
Tinggal solat = rumah yang tak ada tiang,,macam mana kalau rumah tak ada tiang?
Conferm la roboh kan? Hmm, semua orang tahu solat ni benda wajib..kalau benda yang wajib pun kita tinggal, apatah lagi benda-benda sunat yang kita tak buat..
INGAT!, syaitan tu takkan berhenti menghasut manusia sampai hari kiamat, manusia pun tak pernah berhenti buat silap kan..jadi sebagai sorang manusia yang masih bernyawa di bumi Allah ni,banyak-banyak la berdoa,mintak ampun kat Dia,tunaikan apa yang disuruh,tinggalkan apa yang dilarang..
Mari lah kita renungkan bersama-sama,along pun bukannya perfect pun,,selalu jugak buat silap,kalau buat something yang jahat tu,mula la dapat balasan,cash pulak. Nak menyesal pun da terlambat,nasi dah jadi bubur kan..
Renung-renungkan dan selamat beramal..
Kalau doa kita dimakbulkan dengan segera, maksudnya Allah menyayangi kita,
Kalau doa kita lambat dimakbulkan,maksudnya Allah nak menguji kita,
Kalau doa kita tidak dimakbulkan, Allah sudah menggantikan doa kita dengan pahala,
Sentiasalah bersangka baik kepada Allah,kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
kalau kita tak solat, parents tanggung jugak dosa tu. alhamdulillah aku dah cuba untuk jaga solat. tapi aku masih tak dapat mengelakkan daripada dosa. aku hanya manusia biasa.
ReplyDeletesedang berusaha membina tiang yg kukuh untuk bina masjid sendiri! :)
ReplyDeletebagus2... boleh jadi isteri yang baik ni
ReplyDelete