Friday, 18 March 2011

~PaSuKaN pErOnDa SeKoLaH~

2009,,wah rindu gila la kat sekolah..bukan sekolah sebenarnya,,Cuma kanak-kanak & mak bapak kat sekolah tu yang saya rindu,(hehe,pandai ea manipulasi ayat)..
Dulu masa kat sekolah saya rajin g sekolah,sebab pe? Ramai kawan-kawan,heee..datang skola je jumpa kawan-kawan,mana tak bestnya,,hehehe,,lau duduk kat asrama sorang-sorang(ponteng sekolah) lagi tak seronok sebab rasa tak selamat la,,mak cik guard rajin sangat exercise sampai tingkat 3,,aish..pastu mula la menggelabah nak menyorok, kunci diri dalam toilet la,masuk dalam almari la,nyorok kat stor la,nyorok bawah katil la,,macam-macam lagi teknik yang digunakan untuk selamatkan diri sendiri daripada ancaman musuh(latihan ni sesuai untuk orang yang bercita-cita nak masuk tentera,huhu)..
Masa sekolah adalah masa yang ditunggu-tunggu,sebab..
1.  Kalau tak siap kerja sekolah,ada masa nak jalankan projek copy mengopy homework..(masa perhimpunan la biasenye buat benda-benda macam ni)
2. Kalau na buat jahat boleh buat sama-sama,,hehehe
3. Kalau na buat baik ada jugak la yang nak ikut,,
4. Boleh bergosip,,
5. Boleh meraikan hari isnin,selasa,rabu,khamis,& jumaat sama-sama..
6. Kalau tak siap kerja & kena denda pun sama-sama gak..
Haa,Nampak tak betapa best nya pergi sekolah ni,,kawan-kawan sentiasa ada,,tak kira la hari apa pun(kecuali sabtu & ahad)..
Nak cerita pasal geng saya(amboi,kecik2 da ada geng,,gila advance!)..biar saya kenalkan,ni la geng saya..

Tu dia mereka,,hahaha,,comey lote kan?haha..aktiviti harian kami ialah meronda sekolah!! Bab ronda-ronda,ukur sekolah ni memang kami dah pro,tak payah nak mintak tunjuk ajar dari mereka-mereka yang senior(ceh,belagak gila,hahaha),,erm,waktu-waktu yang sesuai nak ronda sekolah ni contohnya,waktu pertukaran kelas,lepas rehat,masa PNP bila terasa mata tak mampu lagi nak ditahan supaya tak tertutup!,on the way pegi lab,on the way g bengkel & library,alasan nak pegi toilet sebab nak cuci muka sebagai akibat mengantuk tapi haram kejadah..pegi toilet blok lain,(toilet jugak kan?)
Masa emas,perak,gangsa yang slalu dapat ni kami tak sia-siakan dengan aktiviti-aktiviti yang tak merugikan kami,,contohnya,kami akan lawat junior-junior n kawan-kawan yang sebakul dengan kami(ok pe,ziarah menziarahi antara 1 sama lain,huhu) pastu rajin pulak nak singgah koop belikan barang orang,kalau masa rehat tu mesti kena makan,even keluar rehat lambat ke,makanan tengah masak ke,,mesti la kena tunggu sampai abis masa rehat & cikgu disiplin dok tengok dengan mata dia yang tajam macam tanduk rusa pun,teruskan makan jugak,,lau tak teruskan kang membazir pulak,kan?hahaha..terpaksa jadi kawan syaitan..
Pas kenyang pulak,dengan pergerakan yang lambat macam kura-kura tak de kaki beroda,kami pun perlahan-lahan menuju ke destinasi yang telah dijadualkan,,dalam perjalanan dok jumpa lak dengan cikgu-cikgu yang sangat familiar dengan kami,,mesti cikgu tu heran sebab kami ni slalu sangat berlegar-legar di tempat-tempat awam..hehe,kata peronda sekolah,barulah kena kat namanya..

Bila dah sampai kelas,nasib akan baik kalau cikgu belum masuk lagi,tapi lau dah masuk memang masak la,hahahaha,,mula-mula je kena kata-kata yang tajam a.k.a landep(bak kata orang jawa)..dah lama-lama pun,cikgu pun tak taw na cakap apa lagi,so kata-kata yang tumpul pun tak ade apatah lagi yang tajam,,
Pas makan comform ngantuk punya,,jadi,ape lagi,tertutup la mata,,haha,,tido lah kami dengan kenyangnya,na cakap lena tak boleh,sebab ada tukang kejut n ada pulak yang jaga masa supaya kami tak tido melebihi masa yang ditetapkan..
Sampai masa balek,balek la,,tak kan nak ukur skola je kot?orang yang kerja ringan-ringan ni pun kena rehat,inikan pula peronda sekolah yang agak femes ni yang kerja lagi berat daripada belajar,hahaha,,
Hari-hari ,perbuatan yang sama akan berulang & kami takkan jemu nak buat aktiviti ni lagi  J

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...