Showing posts with label cintan cintun. Show all posts
Showing posts with label cintan cintun. Show all posts

Tuesday, 6 May 2014

moga Soleha menjadi Solehah

assalamualaikum.
hai pembaca.
aku tengah bosan. tu yang boleh update blog tu. walaupun sebenarnya banyak keje nak kena buat.

cerita terbaru, aku dah lepas viva (presentation tesis). alhamdulillah so far so good lah kot.
haha.
tapi lepas dah habis viva ni, makin menjadi-jadi malasnya nok.
entah kenapa lah. 
walaupun tinggal nak betulkan sikit je lagi tesis tu, walaupun banyak benda kena buat untuk seminar teater, walaupun banyak nak kena buat untuk assignment tradisional, walaupun banyak benda lagi nak buat untuk show muzikal mencorak destini, walaupun nak kena siapkan skrip filem pendek.
tapi sekarang tengah mood malas. bosan pulak tu.
bila nak rajin?
tunggu seru mood rajin datang. haha.

"aku dah berpisah dengan kekasih aku." 
puihh, ayat aku tak nak kalah dengan Shakespeare. haha
biarkan.

orang dah tak nak, orang dah serabut, orang rasa terkongkong, buat apa nak tahan-tahan lagi?
"let it go, let it go, can't hold it back anymore"

bertahun menyulam cinta yang terlarang, akhirnya terputus jua.
memang lah aku sedih, kecewa.
tapi aku redha je. orang dah taknak. buat apa terhegeh-hegeh kan?

so, ayah, setakat ni kakak takde calon lagi untuk menantu ayah. nak kena kahwin umur 25 tu tak tahu lagi.
sekarang pasrah je pada yang Esa. kalau ada jodoh, insya-Allah, ayah dapat lah menantu nanti. mihihi.
doa-doakan lah ye.

kepada awak, terima kasih lah ye. awak buat saya jd lebih kuat.
awak bagi saya kesedaran dan peluang untuk patah balik mencintai pemberi perasaan cinta ini.
terima kasih. saya tak salahkan awak. doa saya moga awak bahagia & sentiasa ada dalam redha-Nya.
kalau terbaca blog ini, doakan saya jadi manusia yang lebih baik ye ;)

banyak manusia, kita tak tahu perasaannya, hatinya, dalamannya macam mana. jadi, saya mohon ampun dan maaf sekiranya pernah terkasar bahasa. lumrah manusia sentiasa melakukan khilaf.
aku sedang cuba menjadi manusia yang lebih baik.
walaupun aku tahu, ada yang akan berburuk sangka, mengata belakang, aku tak kisah.
moga Allah melindungi kalian.
dan
moga Soleha menjadi Solehah.
insya-Allah. permudahkan jalanku, Rabb.

wassalam.

Sunday, 28 October 2012

peluang kedua: baik atau sebaliknya

assalamualaikum,
hi readers. May Allah bless your day :)

saya sedikit tak sihat bila diserang panas dalam.
sangat tak selesa.
tapi tak apa. kena redha dengan ketentuan-Nya.

back to the title,
second chance.
mungkin kekadang peluang kedua boleh membawa bahagia,
atau
mungkin kekadang peluang kedua boleh membawa sengsara.

kau minta peluang kedua.
tapi aku tak tahu nak buat apa.
sebab,
aku dah serik dengan peluang pertama yang diberi.
loyalty, trust
semua sia-sia.
terkadang kesian itu ada,
sebab aku masih sayangkan kau.
dan kau juga kata begitu kepadaku.

tapi aku bingung.
tak tahu nak bagi keputusan apa.
setakat ini, aku mungkin gembira tanpa kau,
atau
aku mungkin tak gembira tanpa kau.

kalau diikutkan rasa marah, memang nak ditamparnya engkau ni.
tapi aku rasa itu takkan membawa apa-apa kesan pada kau.

jalan terbaik cuma mengundur diri,
untuk elak sakit hati aku dan orang lain.
mungkin juga kau.

aku cuma doakan yang terbaik untuk kau,
semoga kau, aku dan orang lain berubah ke arah yang lebih baik.
kalau berjodoh,
insya-Allah
kita bersama :)

bersabarlah, dan jangan bersedih :)



Friday, 12 October 2012

kahwin muda ikut trend?

assalamualaikum.
hi people :)
we meet again.
miss me? thank you

topik hangat tak?
KAHWIN MUDA IKUT TREND.
haha.

after I read this,

klik untuk lebih jelas.
tulisan seorang penulis hebat.


aku sedar aku pun pernah terfikir nak kahwin muda.
tapi sedar diri jugak sebab belum bersedia apa-apa lagi.
mana taknya, orang yang gila shopping macam aku ni nak kahwin awal. kena maki dengan laki aku je kang.
si pemboros macam aku tak layak nak kahwin awal.
alamatnya bankrupt la laki aku.
kosmetik je dah berapa ratus, baju lagi, makan. haha

kita digalakkan kahwin muda, tapi kalau tak ready?
kejadahnya?

sekarang fesyen Malaysia semua dah macam dulu-dulu punya style.
kahwin pun macam style org lama ke?
okay, boleh ikut dengan syarat anda BERSEDIA :)

Allah takkan datangkan jodoh kat kita kalau kita tak bersedia.

kepada yang dah nak mendirikan masjid, selamat berbahagia. moga perkahwinan awak awak semua dirahmati Allah. Insya-Allah.

Wednesday, 10 October 2012

Menjelang 20 tahun :)

assalamualaikum,
hi people :)

berapa hari je lagi nak genap 20 tahun.
harap there is something good happen. hopefully, insya-Allah.

oh, baru teringat.
I've got something special from him :)

guess what?
I broke up with him.
and his decision did not surprising me.

sebab?

perkara ni aku dah jangka.
kuat instinct aku. haha

lagipun aku rasa dah sampai masa aku undur diri.
banyak mengalah dengan pembohongan yang selalu kantoi sejelas2 nya itu sakit beb.
jadi aku rasa keputusan dia tu baik buat aku. mungkin baik untuk dia jugak.

his ex-gf ada jugak whatsapp aku,
ask me about us.
I just tell her the truth.
dia pun bagitahu benda yang sama memandangkan dia pun ada pengalaman yang sama.

sama ada berita ni baik untuk dia atau siapa siapa yang nak kat dia.
aku redhakan.
sebab aku tahu someone better will come to me one day :)
insya-Allah.

Alhamdulillah, one of wishes comes true :)
thanks Rabb.

" The WRONG one is the RIGHT one to lead you to the BEST one"

saje tayang muka. mana tahu jumpa jodoh. haha :P


pray for me people :)

Monday, 23 July 2012

mistakes

bismillah.
assalamualaikum semua :)

everybody makes mistakes. without exceptional, I've made a lot of mistakes too.

aku salah, aku khilaf.
entry aku sebelum ni, banyak salahnya.

baru aku tersedar.

Allah dah tunjukkan aku sesuatu. something important.

memang berkahwin muda itu digalakkan pada akhir zaman ini.
untuk mengelakkan zina.
aku pernah terfikir ke arah itu. tapi hakikatnya aku tidak berfikir panjang.

alasan bercinta terlalu lama & nak elakkan zina?
adakah aku bercinta sampai nak melakukan zina?

astaghfirullahalazim.
aku tidak sedar yang aku belum lagi bersedia dari segi fizikal, mental, spiritual terutamanya.
fikiran aku belum cukup matang. sikap masih keanak-anakkan.


alhamdulillah.
Allah temukan aku dengan sebuah penulisan. cukup bermakna dan mendalam buat aku.


LANGIT ILAHI
penulisnya cukup hebat. alhamdulillah.

AIMAN AZLAN
peng'vlog' yang penuh  nasihat untuk remaja. mabruk.

bila difikir-fikir balik, aku sedar banyak lagi yang perlu aku kejar.

terima kasih ya Allah, atas petunjuk-Mu kepadaku dalam Ramadhan yang penuh barakah ini.
happy fasting ya kawan-kawan.



salam ramadhan,

Friday, 6 July 2012

andai..

bismillah.
assalamualaikum.

hai semua.
macam pelik pulak tetiba satu perkataan je post title aku ni.
lantakkan.

aku nak kahwin.

perghh. statement gua tak boleh blahh pulakk. haha
act, ni cuma hasrat dan impian je.
mana ada orang taknak kahwin kan? *okay, kalau ada yang taknak kahwin, anda terkecuali. hee*

ayah,
andai ayah tahu.
anak ayah yang sorang ni nak sangat kahwin.
bukan sebab kakak gatal.
sebab kakak dah taknak buat dosa lagi dah.
ayah kan tahu kakak ada BF.

bila keluar dating mesti ada pegang2 tangan, bertepuk tampar semua.
kalau tak ada pun, mesti ada zina hati.
tapi kakak dah taknak buat semua ni.

kakak tahu, ayah mengharap kat kakak untuk jadi contoh kat adikadik.
anak sulung memang banyak tanggungjawab.
kakak tak nafikan.

ayah pernah cakap,
hadiah yang ayah nak masa birthday ayah cuma nak tengok kakak berjaya je.

oh Allah,
if this is my fate, i'm redha.
i know there is hikmah besides this.
You know everything and You are the Best :)

wassalam.


Saturday, 30 June 2012

Cinderella and her Prince Charming :)

bismillah.
assalamualaikum.

"when Cinderella felts lonely and needed, her Prince Charming come to her and makes her day meaningful :)"

iloveyou b 


b, please don't ask me again when i carry a huge bag in the future, okay? -_-


p/s: kalau rasa nak muntah, muntah je lah. haha

Thursday, 3 November 2011

saya rindu dia :'(

assalamualaikum.

saya rindu dia tapi..

saya takboleh bagitaw dia,
kalau bagitaw pun belum tentu dapat result yang positif :(

awak,
maafkan saya sebab masih lagi merindui awak,
ingat kat awak,
sayang kat awak.

ni untuk awak :'(


tapi tak pe la.
niat awak baik.

semoga awak sentiasa dirahmati-Nya.
amin.. :)

Monday, 8 August 2011

kadang-kadang single itu lebih baik :)

assalamualaikum semua :)

dah lama jugak along tak update blog ni,  rindu! rindu! rindu! haha (kalau nak lukis graf kerinduan nak berblogging ni memang tak cukup la kertas graf walaupun disambung-sambung banyak mana pun! (nampak benor nipunye, kih kih kih)

ok, stop it along, dah dah, cukup la tu..

idea entry kali ni tak taw la muncul dari mana, tetiba rasa  nak menulis kan, hahaaha~ tajuk sengal sengal je, hihi

ok, S.I.N.G.L.E~ simple tapi bermakna taw.,
kadang-kadang couple pun macam haram je~ hahahaha (memang haram pun)

mengikut eksperimen yang along buat, (pengalaman sebenarnya),.

bila kita single, kita rasa nak couple sebab jeles tengok orang lain happy dengan pakwe or makwe mereka~
mula la rasa, "ish,aku pun nak gak la pakwe/makwe, macam best je"

bila dah couple n rasa tak happy baru la nak menyesal tak sudah, sebab nya,

  1. rasa tak free
  2. kena jaga hati ehem ehem korang
  3. kena topup selalu
  4. nak keluar dengan member pun kena inform
  5. yang lain korang fikir la sendiri ye! haha

mula la nak merengek-rengek kegedikan ,"ei, menyesal aku couple dengan kau", "kenapa kau mainkan aku? aku ni tak perfect ke untuk kau?"
>>manusia mana ada yang perfect kecualilah Rasulullah S.A.W. kan?
sape suruh gatai2 nak bercinta,.

sebab tu kadang-kadang single ni lebih baik, hati pun tak sakit kan? duit pun jimat, hehe

entry ni bukan menggalakkan orang yang tengah bahagia bercinta putus ok?



nasihat along,

>> for those yang single : jangan sedih kalau korang tak de couple sebab jodoh tu semua dah ditakdirkan,ok?

>>untuk yang couple : nak sayang couple korang tu boleh, tapi jangan terlampau sayang sangat, ni penting taw sebab andaikata korang clash satu  hari nanti (ni bukan doa) , korang ada sikit kekuatan nak bangun balik, jangan rasa diri tu down ok?

Thursday, 21 July 2011

miss u!

assalamualaikum semua :)

miss him la,,,
oppss! kan da kantoi~ hahaha,ni la guna nya bahasa inggeris kan?

kejap je dah boleh kantoi.. hahaha

sengal punya along,,

ok tu je entry kali ni, nak cerita lebih-lebih, malu pulak..

hahahaha,,



happy blogging yea korang.. :)

Monday, 18 July 2011

cinta + monyet?

assalamualaikum semua~

sorry la lambat sikit update entry hari ni.. ok,hari ni along nak story sikit pasal cinta monyet..hahaha,,rasa pelik pulak la tiba-tiba nak cerita pasal ni ., hehe, maklum la orang tak pakar dalam cintan cintun ni.. haha

cinta monyet/cinta budak-budak kecik.. along pernah alami la dulu,,,haha (kecik-kecik dah gatal).
mula-mula tu saja nak test test, macam best je tengok org ber'couple2' ni. .haha.. so along pun test la..(macam buat eksperimen kat lab pulak dah), haha

mula-mula tu macam best.. yela orang tengah angau..hahaha
teruk gila bila dah angau ni,banyak benda-benda tak berfaedah jadi berfaedah kat along,,hahaha (kritikal sangat dah ni)..

contoh benda tak berfaedah yang jadi berfaedah,antaranya :

1. bukukan peristiwa-peristiwa yang rasanya penting sangat daripada belajar.. hahaha
2. letak gambar special korang kat tepi bantal,bawah ke..malam sebelum masuk tido,tengok dulu..senyum sorang2.. hehe (gilo ke ape budak ni)
3. sanggup balik lambat semata-mata nak tunggu orang istimewa tu!! (along balik terus sebab lapar! no tunggu tunggu  ea)
4. main SMS taw! tulis pesanan korang kat special korang tu dalam buku,then korang past past past sampai kat buah hati pengarang jantung korang tu,,hahaha (ingat! kat sekolah tak boleh bawak handphone)
5. tukar tukar baju dengan couple korang, (konon boleh tido lena sampai mimpi-mimpi kan bf/gf korang)
6. main surat menyurat..macam jauh sangat je nak main surat-surat ni kan? 1 sekolah je pun
7. dating la,,kat port-port baik punya, supaya ketidakkantoian dengan cikgu-cikgu sekolah :)

itulah antara benda-benda yang pernah along tengok kat sekolah dulu..along? buat sikit je.. tak sampai angau tahap gaban..hahahaha

tapi cinta monyet ni bukan semuanya buruk,,ada jugak baiknya, contohnya, dia bagi semangat kat along nak belajar rajin-rajin sebab dia pandai..so,along pun nak fight dia la,,hahaha

cinta monyet tu biasa la sementara je,lau kekal sampai sekarang ni,,alhamdulillah la kan..

pesan along kat adik-adik yang tengah sekolah tu,
>> nak bercinta boleh,asalkan tak langgar batas pergaulan.
>>cinta-cinta jugak,tapi kena bijak! belajar jangan lupa :)
extra- kalau parents korang tahu pasal couple korang tu lagi bagus laa,, tak ada la diorang risau dengan siapa anak diorang kawan kan?


> jangan tiru aksi ni taw <

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...