Assalamualaikum.
Nama aku Soleha dan aku berumur 24 tahun.
Hidup ibarat kanvas putih yang kita corakkan dengan
warna-warna yang kita suka dan terkadang warna yang kita suka boleh jadi warna
yang paling kita benci bila warna tersebut digabungkan.
Mungkin agak putar belit ayat aku ni.
Macam ni lah. Kadang benda yang kita suka bakal menggembirakan
kita. Tapi kita lupa, benda yang kita suka kekadang boleh bawa mudarat kat diri
kita sendiri.
Contoh;
kau suka main hujan. Tapi
kau juga tahu, kau boleh demam kalau main hujan.
Kau suka orang tu. Tapi kau tak tahu dia suka kau ke tak (baca:
crush). Kalau dia suka kau, kau bertuah. Kalau tak suka, jangan sedih sangat.
“mana nak cari orang macamtu? Perfect kot kat mata aku.”
“dia tu satu dalam sejuta. Sepanjang hidup aku, xpernah jumpa
sehandsome/secantik dia. Rugi kalau tak suka kat dia.”
Boleh jadi kamu membenci
sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi (pula), kamu menyukai
sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak
mengetahui. (al-Baqarah: 216)
Masih lagi nak nafikan apa yang Tuhan kata?
Dosa tau tuan-tuan/puan-puan menafikan dalil Allah. Dosa masuk
neraka tau dak?
Meh sini, aku nak cerita sikit pasal bab menafikan dalil
tadi.
Aku pernah remaja. Aku pun manusia biasa. Pernah rasa suka
kat kaum tak sejantina aku. Suka yang bawa padah, kau tahu tak? Aku couple
dengan dia & masih lagi stay on our relationship walaupun Tuhan dah tunjuk
aku macam-macam untuk putuskan hubungan tu. Tapi aku kononnya belagak tenang
dan kena perjuangkan cinta tak sejati aku tu. Sedangkan dia macam ‘eh, kita
mana ada apa-apa’. Bergelumang dalam maksiat dan dosa tu tak best kengkawan. Mungkin
kau boleh chill lagi dengan cinta tak sejati kau sebab kau tak rasa azab yang
Allah janjikan kat hamba yang berdosa. Aku tak percaya, kalau couple xde pegang-pegang,
cuit-cuit, mesej-mesej yang mampu mencairkan dan mengghairahkan hati sang
pencinta. Seislamik-islamik pasangan kekasih (belum halal) mesti punya ada
ayat-ayat nak pancing kita ke neraka. Syaitan ni kan licik, sebab dia sendiri
dah janji nak hasut anak cucu Adam sampai kiamat. Aku cerita ni bukan apa,
sebab dah macam-macam balasan kat dunia aku dapat. Aku pernah eksiden &
fizikal aku tak sesempurna dulu. Lepas eksiden tu macam-macam penyakit lagi aku
dapat. Seksanya, Allah saja yang tahu (masa ni baru nak ingat Tuhan). Nak dijadikan
cerita, hubungan yang kononnya sejati, makin hambar. Mana taknya, kau bergerak
secara solo pertahankan cinta sejati dengan pasangan kau yang ‘eh, kita mana
ada apa-apa’ tu. Sampai satu tahap, aku rasa hati aku tawar sangat. Rasa diri
ni bodoh sangat. Paling teruk, bila nak putuskan hubungan, takde rasa apa dah. Dan
nak tahu tak? Sekarang ni peratus kebahagiaan aku meningkat dari dulu. Aman gila,
kau tahu?
Habis dah cerita aku. Umur 24 tahun bagi seorang perempuan
macam aku ni kekadang membimbangkan aku sendiri. Hahaha. Yelah, dah tua dan
takde calon bakal suami. Hahaha. Kawan-kawan aku ramai dah dan dah nak
mendirikan masjid masing-masing. Diaorang pun kekadang risau tengok aku tinggal
sorang-sorang je nanti sebab diaorang semua ikut suami masing-masing. Aku bukan
tak nak, aku pernah cuba, tapi yang aku jumpa semuanya nak “hiburan” je. Jemu dow
lelaki jenis cenggini. Aku memilih? Of course, sebab aku bukan nak hidup
sekejap dengan lelaki dalam frasa ‘suami, dan bakal ayah anak-anak aku’ nanti. Kalau
boleh sampai ke syurga. Aku bagitahu sebab aku dah rasa sakitnya azab yang
diterima. Sentiasa berlegar dalam otak aku, ada ke yang nak terima aku yang
banyak dosa ni jadi bini? Paling membimbangkan, aku dah takde hati nak
berkenalan dengan mana-mana lelaki. Mungkin sebab aku dah sterotaip kan kaum ni.
Dan mungkin juga, Allah mengharapkan aku kembali dekat denganNya.
Sekali lagi, nama aku Soleha dan berumur 24 tahun. Aku tengah
bina tapak jiwa aku, syaitan dan seumpamanya, sila blah jauh-jauh.
Buat kawan-kawan yang risau aku tak bertemu calon lagi,
“beb, aku bahagia tengok korang bahagia. Jangan risaukan
aku, aturan Allah tak pernah salah. Nak cari yang terima seadanya ni memang
susah, sebab itu yang paling berharga. Sayang korang sampai bila-bila”
Macam biasa, mohon pembaca doakan Soleha menjadi solehah.
&
Moga kita sentiasa di bawah rahmat-Nya. Amin.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment