Assalamualaikum.
Kebanyakan manusia pernah rasa disayangi, dicintai dan tak
lupa jugak disakiti, dibenci. Well, i’ve been through all these feelings.
Kadang rasa dunia ini tak adil sebab bila kau tengah sedih, emosi celaru, n
contoh la masa tu kau tengah scroll facebook, kau ternampak pulak gambar-gambar
bahagia kawan-kawan kau dengan pasangan dorang. Mesti kau rasa, kenapa dorang
ni asyik bahagia je? Kenapa bila turn aku, macam-macam pulak dugaan yang
datang? Hmmm.
Dulu, masa kakak mula-mula couple masa zaman sekolah yang
sepatutnya focus kat study, kakak ada tanamkan keinginan nak jadikan cinta
pertama ni (walaupun cinta monyet) sebagai cinta terakhir kakak. Hahaha. Memang
lawak, tapi seriously kakak ada niat cenggitu. Tapi sungguh kalau kau yakin
banyak mana pun tentang niat kau, kalau akhirnya cinta tu akhirnya bukan bawa
kau kepada kebaikan, maknanya kau tengah buat silap besar.
Ye, kakak tahu, kita
tak boleh nak predict yang awalnya kita ni buat silap. Tapi kalau kau nak tahu
kau ni buat silap ke tak, kau kena buka mata kau guna mata hati kau.
Jangan sebab satu kebaikan dia, kau tutup 1001 keburukan
yang dia ada.
Kalau kau ada sifat macam ni, kau hancur dik. Trust me.
Kakak dah lalui banyak benda yang mengecewakan diri sendiri. Puncanya ni lah,
kau sayang gila kat orang tu pastu kalau orang yang kau sayang tu buat salah
pun, kau tutup mata je. Sebab kau rasa dia pun sayang kat kau. Padahal, kau ni
nothing je bagi dia.
Kakak selalu fikir benda yang positif je kalau benda-benda
macam ni jadi. Kakak akan fikir, eh, dia kan sayang aku, takkan la dia nak buat
macam ni kat aku, bla bla bla.. terutamanya bila kau dah bercinta
bertahun-tahun lamanya.
Kesannya, sebab terlalu positif, dia senang-senang nak tipu
kau. Senang nak pujuk kau (kalau kau jenis yang asal merajuk sikit kena pujuk,
kakak tak. Hehe). But, most of all, hati kau akan sakit sebab kau duk
menyedapkan hati kau dengan benda yang
terang-terang salah. Dengan orang yang belum tentu jadi bakal
suami/isteri kau yang sah pulak tu.
Kakak bagitahu ni sebab kakak pernah rasa, kakak pernah jadi
bodoh pasal benda yang belum pasti lagi. Yelah, bercinta dah lama takkan nak
end up macam tu je kan? Tapi last-last hubungan ni tak sampai ke mana. Mana tak
nya kalau sebelah pihak je duk pertahan hubungan yang bertahun ni sebab sayang,
tapi sebelah pihak lagi buat dek je. Tapi tak jugak, kalau dah Allah tu tak
izinkan kiteorang bersama, banyak mana pun usaha, tak jadi jugak. Ye dakk
I give up.
Awal-awal tu tak boleh nak move on. Tapi lama-lama lali dah.
Biasa dah rasa tak dipedulikan, biasa dah rasa diri ni tak penting, biasa dah
rasa sakit hati sendiri, biasa dah kena bodoh-bodohkan.
Sekarang,
Kakak dah boleh chill up, boleh redha, tenang. Memang
awalnya rasa buang masa pada orang yang salah. Tapi, Cuma letak kat sudut
positif jelah. Kekadang kan Allah datangkan orang yang salah sebelum jumpakan
kita dengan orang yang betul. & Allah juga takkan turunkan ujian buat
hamba-Nya melebihi kemampuannya.
So, relaks. Ni baru lah kehidupan. Huhu.
Bila dah single macam ni, hidup kakak lagi happy kot.
Insya-Allah. Ada juga jumpa orang yang nak tackle (ecehhh perasan!) tapi
setakat ni kakak taknak ada komitmen cinta kat lelaki ajnabi kat luar sana tu.
Bukan memilih, tapi i’m soooo tired of being hurt. Cukuplah, sampai hati pun
dah tawar. Seboleh-bolehnya kakak nak elakkan lelaki bujang atau suami orang
ada apa-apa feeling kat kakak. Sebab kakak tahu, apa perasaan gf or bini dia
sebagai perempuan bila dipermainkan. Setakat nak buat member boleh lah. Kakak
jadi susah nak percaya kat lelaki sekarang ni. Maaf, tapi ni kenyataan :’(
Rasulullah
S.A.W pernah bersabda,
“ tidak
termasuk golongan kami, barangsiapa yang bersumpah dengan amanah, dan
barangsiapa yang merosak hubungan seorang wanita dengan suaminya atau seorang
budak dengan tuannya.”
-dipetik dari filem Cinta Paling Agung-
Oh, lupa, ayah pernah cakap, umur 25 tahun, tu dah kira tua
sangat & boleh kahwin. Huuuuu T_T
Emm, biarlah Allah aturkan hidup kakak. Kalau due date ayah
sama dengan aturan hidup kakak, ye Alhamdulillah. Hihi. Takpun, senang-senang
suruh ayah jelah yang carikan. :D
Kakak tak memilih, Cuma kakak harap, dia boleh terima
kekurangan kakak seadanya. Boleh bawa kakak ke Syurga pun dah cukup. Handsome,
kaya tu bonus. :D
Doakan yang baik-baik untuk kakak. Terima kasih sudi baca
karangan panjang lebar. May Allah bless you always, my silent readers J
No comments:
Post a Comment