Sunday, 28 October 2012

peluang kedua: baik atau sebaliknya

assalamualaikum,
hi readers. May Allah bless your day :)

saya sedikit tak sihat bila diserang panas dalam.
sangat tak selesa.
tapi tak apa. kena redha dengan ketentuan-Nya.

back to the title,
second chance.
mungkin kekadang peluang kedua boleh membawa bahagia,
atau
mungkin kekadang peluang kedua boleh membawa sengsara.

kau minta peluang kedua.
tapi aku tak tahu nak buat apa.
sebab,
aku dah serik dengan peluang pertama yang diberi.
loyalty, trust
semua sia-sia.
terkadang kesian itu ada,
sebab aku masih sayangkan kau.
dan kau juga kata begitu kepadaku.

tapi aku bingung.
tak tahu nak bagi keputusan apa.
setakat ini, aku mungkin gembira tanpa kau,
atau
aku mungkin tak gembira tanpa kau.

kalau diikutkan rasa marah, memang nak ditamparnya engkau ni.
tapi aku rasa itu takkan membawa apa-apa kesan pada kau.

jalan terbaik cuma mengundur diri,
untuk elak sakit hati aku dan orang lain.
mungkin juga kau.

aku cuma doakan yang terbaik untuk kau,
semoga kau, aku dan orang lain berubah ke arah yang lebih baik.
kalau berjodoh,
insya-Allah
kita bersama :)

bersabarlah, dan jangan bersedih :)



Friday, 19 October 2012

Terfaktab makes me Crazy.

assalamualaikum.
hi peeps.

2nd entry for today.

I really want this.

Kitab Terfaktab: Definisi cinta infiniti

Kitab Terfaktab: Nakal tapi Halal


black or white? mana lagi cantik?


anyone sudi nak belikan?
hehe.
saya sedia menadah tangan.
kita tanya. tak paksa.

btw, anda semua boleh cekedout blog Terfaktab. seriously best!

buah hati

assalamualaikum.

hi peeps.
we meet again.

sejak tiada kawan istimewa yang mampu menambat hati aku yang kering + kepala aku yang keras tahap batu ni,

cuma ada satu yang masih setia dimaki, dicaci, dilempanglempang, dilambunglambung ke langit.
cuma dia yang boleh tahan tengok muka selenge baru bangun tidur aku, cuma dia yang boleh tengok muka pecah rumah di kala ku merembeskan mucus dari mata. cuma dia yang betulbetul memahami aku, peneman dikala duka, gembira n segala-galanya.

awak berdua jangan merajuk dengan saya ye. saya perlukan awak berdua :)

My Gemok. Tahap setia: almost 3 years.

B.A. Tahap setia:baru beberapa bulan. Wallpaper: Kekasih dalam mimpi.
cuma gadget. sekurangkurangnya mereka tak pernah menipu. tak pernah tinggalkan bekas parut yang besar n  timbul kat hati aku.

wassalam.

Monday, 15 October 2012

20 tahun bernafas.

assalamualaikum,
hi people :)

Alhamdulillah. Praise to Allah who gives me chance to breathe until today.
syukran Rabb, syukran.

dalam 20 tahun, aku banyak buat dosa.
dalam 20 tahun, aku selalu leka.
dalam 20 tahun, aku jarang ingat Dia.

forgive me Rabb.
for all my mistakes.

Special thanks to my beloved Ayah and Arwah Mak :')
thanks kawankawan for the wishes.
i love you all.

tapi nasib kurang baik,

aku DEMAM di hari jadi :')
badan bukan main sengal tak hengat.
hadiah daripada Tuhan. tak boleh buat apa lah.
redha kan saje.

me, 20 y/o. without make up. with bantal busuk at the back. hihi

**actually entry ni dah buat semalam tapi tak siap, terpaksalah sambung hari ni**

jadi umur aku hari ni, 20 tahun 1 hari :)
wassalam.

Friday, 12 October 2012

kahwin muda ikut trend?

assalamualaikum.
hi people :)
we meet again.
miss me? thank you

topik hangat tak?
KAHWIN MUDA IKUT TREND.
haha.

after I read this,

klik untuk lebih jelas.
tulisan seorang penulis hebat.


aku sedar aku pun pernah terfikir nak kahwin muda.
tapi sedar diri jugak sebab belum bersedia apa-apa lagi.
mana taknya, orang yang gila shopping macam aku ni nak kahwin awal. kena maki dengan laki aku je kang.
si pemboros macam aku tak layak nak kahwin awal.
alamatnya bankrupt la laki aku.
kosmetik je dah berapa ratus, baju lagi, makan. haha

kita digalakkan kahwin muda, tapi kalau tak ready?
kejadahnya?

sekarang fesyen Malaysia semua dah macam dulu-dulu punya style.
kahwin pun macam style org lama ke?
okay, boleh ikut dengan syarat anda BERSEDIA :)

Allah takkan datangkan jodoh kat kita kalau kita tak bersedia.

kepada yang dah nak mendirikan masjid, selamat berbahagia. moga perkahwinan awak awak semua dirahmati Allah. Insya-Allah.

Wednesday, 10 October 2012

Menjelang 20 tahun :)

assalamualaikum,
hi people :)

berapa hari je lagi nak genap 20 tahun.
harap there is something good happen. hopefully, insya-Allah.

oh, baru teringat.
I've got something special from him :)

guess what?
I broke up with him.
and his decision did not surprising me.

sebab?

perkara ni aku dah jangka.
kuat instinct aku. haha

lagipun aku rasa dah sampai masa aku undur diri.
banyak mengalah dengan pembohongan yang selalu kantoi sejelas2 nya itu sakit beb.
jadi aku rasa keputusan dia tu baik buat aku. mungkin baik untuk dia jugak.

his ex-gf ada jugak whatsapp aku,
ask me about us.
I just tell her the truth.
dia pun bagitahu benda yang sama memandangkan dia pun ada pengalaman yang sama.

sama ada berita ni baik untuk dia atau siapa siapa yang nak kat dia.
aku redhakan.
sebab aku tahu someone better will come to me one day :)
insya-Allah.

Alhamdulillah, one of wishes comes true :)
thanks Rabb.

" The WRONG one is the RIGHT one to lead you to the BEST one"

saje tayang muka. mana tahu jumpa jodoh. haha :P


pray for me people :)

Friday, 5 October 2012

now open! :)

assalamualaikum,
korang sihat?

sory coz along tutup blog ni.
ada masalah sikit.
now its open :)

eh, jangan lupa terjah entry raya 2012 / 1433 kat SukaHati.
thank you for supporting :)

wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...