Wednesday, 22 July 2015

masa mengubah kita

Assalamualaikum.

sekian lama menyepi, kini kembali dengan ucapan selamat hari raya maaf zahir batin.

semenjak menginjak umur 23 tahun ni, saya bahasakan diri saya kakak je. sebab kakak rasa kakak ni dah tua kan. takpela kakak redha dan sedar makin lama makin lanjut usia kakak, makin lama makin dekat dengan mati.

sebenarnya kakak nak cerita perkembangan hidup kakak setakat kakak mendiamkan diri selama lebih kurang setahun lebih ni.

kakak bukan nak tunjuk riak ke apa, tapi alhamdulillah sejak akhir-akhir ni kakak lega sangat kakak boleh terima sikit-sikit cara berpakaian muslimah yang sebenar. ye, selama ni kakak memang teringin nak rasa berfesyen gaya islamik yang ikut syariah. kalau ada orang tudung labuh berpurdah, baju longgar, lalu sebelah kakak pun, kakak rasa malu. yela, kita dah lah pakai baju cukup kain cuma tak menepati syariah Islam yang sebenar, tetiba lalu pulak orang berpurdah jubah semua lalu depan kita. mana la tak malu. entah-entah, orang yang lalu depan kakak tu pun malu tengok kakak pakai baju yang tak cukup nak menggambarkan diri kakak ni orang Islam. tapi dalam hati ni kakak harap juga, orang yang tudung labuh lalu depan kakak ke, ternampak kakak tengah tak semenggah ni kan, doakan kakak jadi macam dia orang jugak.

tapi kakak ni perangai tengah nak elokkan sikit-sikit. mulut kakak la terutamanya, bab mengomen nombor 1, tak terlepas lagi dari dosa mengumpat itu ini. tapi kakak percaya hidayah Allah tu jelas depan mata kakak. sebabnya tiap kali akak tercakap benda yang bukan-bukan, kakak cepat sedar, "MACAM AKU NI BAGUS SANGAT NAK MENGATA ORANG ITU INI. ISH, TAK BAIKLAH CAKAP ORANG MACAM TU."

ALHAMDULILLAH, kakak masih ada rasa bersalah kalau tercakap orang itu ini. maklumlah kakak dilahirkan dengan sifat jujur yang sangat tinggi. sampai ada satu tahap dulu boleh menyakitkan hati orang. kakak kena tukar mind set lepas ni yang memungkinkan orang akan berkata baik pasal kita. bersangka baik kan lagi bagus.

ALHAMDULILLAH jugak kakak ramai kawan-kawan yang nak ajak kita jadi baik. actually, kakak terbuka hati nak pakai yang ikut syariat Islam ni pun pasal kakak tertengok kawan kakak. masa tu kakak rasa, "cantik jugak kalau pakai macam ni, bukannya outdated sangat pun. kalau dia boleh buat, kenapa aku tak cuba buat jugak kan?" terima kasih Allah sebab kurniakan kawan yang bawa aku ke jalan kebaikan, jalan yang Engkau redhai.

-okay dah habis pasal ni. kita cerita lain pulak-

kakak akui semenjak dua menjak ni, kakak sensitif sikit bab-bab kahwin ni. yela, kakak ni perempuan. mesti lah risau tu ada. dengan calon yang macam ada takde je. mana tak risau. umur dah 23 T_T

lagi lah kawan-kawan kakak dah ramai yang tunang, nak kahwin, yang dah kawin, yang dah beranak-pinak. cemburu tahu! Depan dorang semua memang kakak buat kental je. tapi dalam hati ni, Allah je la yang tahu.

Tapi kakak sedar diri, kakak ni dulu pun jahatnya bukan main. tak nak kalah dengan syaitonnn. orang penuh dosa kan, kena sedar diri. lagi pun ada ke orang nak perempuan macam kakak ni kan? IMPERFECT SANGAT-SANGAT KOT! T_T

Bila sentuh bab macam ni, kakak positifkan diri je. letak dalam otak, rezeki aku bukan dekat kahwin lagi. mungkin rezeki aku untuk bahagiakan family dulu. baru la rezeki kawin ni ada. mungkin Allah tu masih mendambakan cinta aku pada-Nya. yela, selama ni pun aku ambil ringan je apa yang Dia suruh wajib buat. mana la rezeki tu tak jauh T_T

pasal jodoh ni, kakak serah dan redha pada Pencipta kita. tak larat dah nak kejar cinta manusia yang entah apa-apa. cukuplah nanti kalau Allah kurniakan seorang lelaki yang boleh bimbing kakak masuk Syurga sama-sama dengan dia. tapi nak dapat lelaki macam ni, kena baiki diri dulu lah kan.



Doakan kakak yang baik-baik. Moga semua pembaca yang baca post ni (kalau ada yang baca, huuuu T_T) tergolong dalam orang-orang yang beriman. Marilah kita sama-sama kejar cinta Allah dan masuk syurga sama-sama :)


p/s: ni tulisan random kakak. apa yang terlintas, kakak tulis. maaf kalau banyak kali terulang 'dialog' yang sama T_T

terima kasih sudi baca.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...