Tuesday 30 August 2011

selamat hari raya + merdeka! :D

assalamualaikum semua,,

mesti korang sume tengah sambut raya dengan sakannya kan?haha

selamat hari raya erk korang,
+
happy merdeka day!

rasanya tak terlambat lagi kan nak update entry pasal hari raya?hehehe, walaupun perancangannya nak update blog ni malam tadi,tapi akibat keletihan yang melampau, terbantut pulak. (ceit! ayat hyperbola gila kot, hahaha)

raya tahun ni meriah gila sebab banyak gila makanan dari tahuntahun sebelumnya,haha :D
pertama kali nya buat lemang sepanjang 19 tahun hidup kat dunia ni, huahuahua *kesian gila kan?
tapi dalam bestbest nya pun, ada gak yang tak bestnya,...

MESTI BADAN YANG serba BERAT NI AKAN BERTAMBAH TAMBAH BERAT NYA, kan? :(
huhu

untuk semua blogger-blogger,readers blog along,kawankawan,sahabat handai, jiran tetangga,keluarga + semua makhluk kat bumi ni,
along minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, okay?
yela,along pun manusia biasa kan, tak perfect pun,,sentiasa buat silap..
sorry sangat kepada semua yang pernah TERtouching dengan along, TERkasar bahasa, TERsalah + silap,TERmarah, TERtengking,TERsombong, & segala keturunan TER..

ni kad raya ekspress untuk korang :D
maaf zahir batin ea


OH YE!

happy merdeka day jugak!
dah 54 tahun rupanya kita merdeka, ops, silap, bukan kita~
MALAYSIA sebenarnya,
kenapa along kata kita belum merdeka? sebab pemikiran kita masih lagi dijajah dengan budaya barat (cewah, ayat gramatis gitu), tapi tak semua la kan masih dijajah? *sorry kalau TERsilap

-pinjam dari mrs google-


okay la, sampai sini dulu yea
wassalam :)



Thursday 25 August 2011

kalau dah rezeki tu memang rezeki lah kan?

assalamualaikum semua :)

nak story ni,
tadi masa along tengah syok blogwalking + facebooking, tetiba hp along vibrate ala ala bunyi kentut cirit gitu, haha..*tengah gila

tengok nombor, macam tak kenal. Tapi angkat je sebab macam penting je bunyi,

angkat angkat suara orang laki.
tetttt..
terdiam kejap,



















xyah lama sangat kot nak diam je,

pakcik : helo, ni siti soleha ke?
aku     : ye, ni sape ye? *curious gila*
pakcik : alamat rumah ni, lorong 2 C/D kan? kat mana ye?rumah nombor bpe?
aku     : ermmm, jap (pegi bukak pintu, tengok luar rumah)

baru nak sambung cakap,tetiba..

pakcik : oh, tak pe la, tunggu kat perpustakaan awam je ea, sekarang kat BNO, dalam 5-6 minit sampai la.
aku     : oh, ok. -_-
pakcik : nanti nampak van pos laju, lambai la ea?
aku     : em, yela..

aku pun dengan semangatnya start moto, padahal bukan jauh mana pun perpustakaan tu, jalan sikit dah sampai. saje nak habiskan minyak motor, lalalala~

sementara nak habiskan masa tunggu pakcik pos laju tu, sempat la selak 2 3 helai komik LAWAK SHABU SHABU,

-ni lah komik tersebut-

baru nak gelak, pakcik posmen dah datang, *haish, potong la

pakcik : tulis nama kat sini, ic, tanda tangan.

okay, done!

pakcik : ni rumah nya kat mana?
aku      : tuu..*tunjuk kat jalan* masuk dalam ni, jumpa la..
pakcik : nombor rumah xde, mana la taw rumah yang mana..
aku     : selalu sampai je surat kat rumah *tak mau kalah kot! hahaha
pakcik : tu org dah biasa, boleh la,,

erk? betul gak..

aku   : tq ea..

start motor, balik..

sampai je rumah, aku dengan semangatnya bukak bungkusan ni, eksited kot!

aku pun koyak, koyak, koyakkkk..arghhhhhhh (bukan bunyi lucah)

yeah,berjaya! berjaya! hahaha.

tetiba..
*terkedu,,

wow, cantik gila! sling denim bag yang along menang dari GA Kak Mila tu, cun gila weh!



memang kebetulan la kan, along pun memang nak cari beg spesis ni, nak buat beg pergi kuliah..
jumpa kat kedai ada, tapi ada tali yang kurang,.
ada ke patut nyonya kedai tu paksa2 suruh beli gak, mana boleh deh,,

tapi kalau dah rezeki along memang rezeki la kan,,
setiap yang berlaku kan ada hikmah,.
Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita kan? :)



arrggggghhhhhhhhhh!

assalamualaikum semua..

mood tak berapa bagus sejak 2 3 hari yang lalu.


arrrgghhhhhhhhh! (bukan bunyi lucah)
semua ni pasal kau la!
dah la tak bagi salam, main nak serbu je.
pastu parking kat tempat yang senang kantoi dengan aku + orang lain.

nak je aku picit picit kau, biar kau mati!
tapi kalau aku bunuh kau, kau tinggalkan jejak kau yang paling hitam di dunia!

tu lah aku diamkan je kau, bia kau hidup puas puas.
dah mati kang senang aku, hihi

tapi kan, kenapa la kau muncul masa nak dekat2 raya ni?
kau nak raya jugak ea?
takpe2, aku bagi kau chance berhari raya.

tapi lepas raya ni, mati la kau wahai JERAWAT!



Wednesday 24 August 2011

dodol la dol

assalamualaikum semua :)

okay, tadi along baru je lepas tolong kacau makcik along buat dodol,
tolong tengok sebenarnya,hihi *tak boleh harap punya budak! lalala~

tolong tengok pun penat taw! haha
letih urat saraf mata den tengok makcik yang penat kacau dodol yang bila ntah tak mau melekat kat tangan (means, dah masak betul la tu)

nak nak bulan pose ni buat dodol, memang super penat ++ la kan,
lama gila nak buat benda ni,makcik along siap pause2 lagi,



start pukul 12, pukul 1 lebih dah berenti
sambung petang sikit, dekat2 buka berenti lagi
lepas buka sambung lagi, pastu berenti lagi. sebab dah siap derr

sambil kacau dodol sambil bercerita zaman arwah atok belah ayah dulu, yang suka sangat buat dodol time nak dekat raya ni.
pastu buat variasi sikit, letak kacang la, durian la, apa la..
letak kacang sedap ke ea? xpernah makan pulak,

haha,lantak kan,
sempat pulak pakcik den usik2 makcik den
gelak besar makcik along, eh, eh, jangan air liur terpercik dalam dodol sudaah, hahaha

ok, konklusinya : makan dodol memang senang, nak masak bukan main payah!
cube org yang suka makan dodol tu buat sendiri, test test,,

psst, sebenarnya xtaw pun nak merapu pasal ape, hihi


Tuesday 23 August 2011

GIVEAWAY by Atiqah Norazli

assalamualaikum semua,,
yeah, morning juga..

what? GA again?
hahaha..
dasyat kan? asal post entry baru je pasal GA la, CONTEST la, kan?
**macam batak kuno sengal je along ni kan? hua hua hua..**

-_- lantakkan orang nak cakap apa pun, lalala~


ni dia banner GA tersebut.
-YES! GA by Atiqah Norazli-
sila KLIK  kepada sesiapa yang mau join,okay :)

hadiah LUMAYAN!

1st - topup rm50
2nd- topup rm30
3rd- topup rm10
saguhati (2 org je) - topup rm5

masa tutup : 9.00 pagi 5 september 2011 

lama lagi tu, ada masa yang belum join untuk join **paham ke ape along merepek meraban ni?**

okay, jangan lupa like okay?
tq, kerjasama korang amat dihargai :)
sayang korang! hee~



Monday 22 August 2011

lucky draw duit raya !!

assalamualaikum semua :)

tadi along baru je terima berita baik! hihi,,
along menang SLIM DENIM BAG! hasil peng'join'an along dalam GA Kak Mila :)


hehe, tq gak kat Intan , Fieda + Nasuha sebab inform kan pasal benda ni :D
terharu sangatsangat! :')

sedang berblogwalking, tetiba terjumpa satu blog yang buat lucky draw untuk duit raya~
duit beb, sape yang taknak kan?
** bak kata ayah, "orang gila pun taw duit" **

ok, sesape yang nak join sila klik SINI

tarikh tutup : 18 SEPTEMBER 2011
masa tutup  : 11.59 pm (sempat lagi nak join)

ok, happy blogging korang :)



penyakit sengal ubi =..=

assalamualaikum semua,,
antara simptom penyakit sengal ubi..

-mata terbeliak macam nak tanggal dari soket mata-

-kerutan yang kronik di bahagian tengah (antara mata + hidung)-

-berkerut lagi-

-mulut terbukak luas seakan gua niah-

-mulut ternganga diikuti hidung kembang-

-dan lagi..-

-ke'kero'an pada mata-

-kesengetan pada lidah-

-tulang pinggang bengkok-

-pertambahan angin + lemak pada perut-

-berangan nak jadi siti nurhaliza-

-kebuluran yang serius-

-paling merbahaya >> berpotensi menjadi pembunuh!-





Monday 15 August 2011

saya anggun berbaju kurung

assalamualaikum semua :)

ok, disebabkan hari puasa  makin nak habis, penyakit men'join' contest along ni, makin menjadi-jadi,
sawan agaknya, hahaha..


sape nak join boleh klik SINI :)

tarikh tutup: 10 hari sebelum habis puasa :)

..okay, along letak gambar ni..
lokasi menangkap gambar : dalam kolej matrikulasi selangor

-ni dalam perpustakaan, orang sibuk study kitaorang sibuk amik gambar-
[ memang along ni suka bukak mulut luas-luas,hahaha -.-]
**mungkin sebab tu lalat banyak meninggalkan sisa mereka atas muka along**


-yang ni masa sesi fotografi kat matrik-
[ semua orang pakai baju merah + adik beradik dengan merah, along ikut suka hati je pakai warna ni ]
**pakai warna lain pun, gambar tak rosak :P **


-lepas habis kuliah terakhir-
[ nampak macam budak baik je kan? ]
**perasan le tu**

okay, tu je [ sambil doa boleh menang ]
-TAMAT-







Sunday 14 August 2011

"about me" contest by aisyah


assalamualaikum semua :)
hai hai hai,,hahaha, *dah start pening la ni, hahhaa
okay, ni second contest yang along nak join,, korang nak join skali tak? boleh klik SINI


saya SITI SOLEHA BINTI SARKIAH, dengan ini mengaku bahawa gadis comel di atas adalah saya sendiri **erk? perasan gilaa** saya sedar saya hanyalah budak yang bekerja sebagai penanam anggur yang berjaya di rumah,,haha, okay..enough -.-

disebabkan along ni anak yang terbantut dalam family, jadi along sering direndah pendekkan dengan adik2 along,,sob sob sob..*tangkap syahdu la pulak!

along taw along sweet,,**lagi mau perasan daa** tapi bila dah naik angin, tak sempat nak terapung di udara, semua orang dah nyorok dalam almari..tu belum transform jadi singa betina lagi tu, hahahaha

tapi.. along ni cepat simpati beb! tak caye? buat la muka lapar depan along, confirm along belanja :)
along ni ciwek (cepat nangis) okay + cepat je merajuk, tapi tak lama *ayat2 sikit dah ok :D

lagiii..

along suka try benda-benda baru tapi benda elok2 je taw!! hee~
kalau shopping dengan along, leceh bagi perempuan, senang bagi lelaki sebab along tak suka nak lama-lama kat tempat shopping tu, dah dapat benda yang nak, cabuttt !! ngee~

ok, mostly ramai orang cerita pasal pakwe makwe kan?  along nak cerita pasal MAK :')

along kehilangan mak masa along umur 6 tahun, (kalau along 6 tahun,adik2 along lagi la muda, sorang 4 tahun,sorang 2 tahun, sorang masih baby) terlalu muda rasanya tapi nak buat macam mana kan.. Allah lebih sayangkan dia :)

peristiwa yang tak boleh lupa, bila adik perempuan along yang umur 2 tahun tu tanya kat ayah along,

''ayah, kenapa mak kat dalam tu?(sambil tunjuk kat dalam lubang kubur)''

lagi la lebat air mata ni mencurah-curah ke ladang gandum macam koko krunch! hee~

ok la tu je~
wassalam ;)



Saturday 13 August 2011

Thursday 11 August 2011

renovation

assalamualaikum semua..

just nak bagi taw, blog ni akan di renovate. ok tu je~


hehe, saje nak renovate~ mana taw jadi, hihi
p/s: korang yang dah pro, bagi cadangan OR komen2 yang bernas k?

Tuesday 9 August 2011

ayah :')

assalamualaikum semua,,

hai korang, entry kali ni maybe menyayat hati sikit,,tapi jangan nangis taw! nanti puasa korang makruh.

ayah,,
satu perkataan je,, seorang je yang along ada kat dunia ni~
since arwah mak tak ada 13 tahun lepas..ayah la ayah, ayah la mak :'(
(sedih bebenor bila cerita pasal mak ayah ni)

semalam, ayah kemalangan kecil, bukan kat jalan raya, tapi kat kebun~
kening kanan koyak, banyak gila darah, mula mula ingat calar biasa je, tapi rupanya luka dalam !
tengok muka ayah yang tengah tahan sakit tu pun rasa nak nangis,,

dalam hati kata " kalaulah aku boleh ganti tempat ayah, kan bagus? "
tapi benda dah jadi, kena redha kan?

ALLAH tak akan bagi ujian seberat ini kalau kita tak mampu tanggung kan?
sebab ALLAH sentiasa sayangkan hamba-Nya :)


i LOVE u so much ayah !!! :'(

memang manusia ni tak pernah menghargai apa yang ALLAH kurniakan
tapi, bila kita dah kehilangan sesuatu tu baru kita tahu betapa berharganya kurniaan tersebut..

>> terima kasih sebab ikhlas jaga anak ayah yang degil ni :')

hayati lirik lagu ni~ sedih woo :(

Monday 8 August 2011

kadang-kadang single itu lebih baik :)

assalamualaikum semua :)

dah lama jugak along tak update blog ni,  rindu! rindu! rindu! haha (kalau nak lukis graf kerinduan nak berblogging ni memang tak cukup la kertas graf walaupun disambung-sambung banyak mana pun! (nampak benor nipunye, kih kih kih)

ok, stop it along, dah dah, cukup la tu..

idea entry kali ni tak taw la muncul dari mana, tetiba rasa  nak menulis kan, hahaaha~ tajuk sengal sengal je, hihi

ok, S.I.N.G.L.E~ simple tapi bermakna taw.,
kadang-kadang couple pun macam haram je~ hahahaha (memang haram pun)

mengikut eksperimen yang along buat, (pengalaman sebenarnya),.

bila kita single, kita rasa nak couple sebab jeles tengok orang lain happy dengan pakwe or makwe mereka~
mula la rasa, "ish,aku pun nak gak la pakwe/makwe, macam best je"

bila dah couple n rasa tak happy baru la nak menyesal tak sudah, sebab nya,

  1. rasa tak free
  2. kena jaga hati ehem ehem korang
  3. kena topup selalu
  4. nak keluar dengan member pun kena inform
  5. yang lain korang fikir la sendiri ye! haha

mula la nak merengek-rengek kegedikan ,"ei, menyesal aku couple dengan kau", "kenapa kau mainkan aku? aku ni tak perfect ke untuk kau?"
>>manusia mana ada yang perfect kecualilah Rasulullah S.A.W. kan?
sape suruh gatai2 nak bercinta,.

sebab tu kadang-kadang single ni lebih baik, hati pun tak sakit kan? duit pun jimat, hehe

entry ni bukan menggalakkan orang yang tengah bahagia bercinta putus ok?



nasihat along,

>> for those yang single : jangan sedih kalau korang tak de couple sebab jodoh tu semua dah ditakdirkan,ok?

>>untuk yang couple : nak sayang couple korang tu boleh, tapi jangan terlampau sayang sangat, ni penting taw sebab andaikata korang clash satu  hari nanti (ni bukan doa) , korang ada sikit kekuatan nak bangun balik, jangan rasa diri tu down ok?

sling denim bag giveaway :)

assalamualaikum semua :)

mari ! mari ! tengok sini, barang baik punya! murah-murah, eh tak tak, free je,, hehe
haha, ada bakat jadi promoter tak? hihi

ok, actually along nak habaq mai ni, tadi along blogwalking kat blog kak mila @ norsharmila~
kak mila ada buat GA n along pun gatai gatai ubi la nak ikut join, hehehe

bukan selalu pun, first time ni! first time! hehehe (excited macam nampak kapal korek atas bumbung rumah! hihi)



peserta GA ni perempuan je ok? sebab hadiah dia slim denim bag,takkan lelaki nak pakai slim denim bag jugak? tak macho la nanti, hehehe

ok, sape nak join boleh la klik SINI , tarikh tutup 19 OGOS 2011..
cepat klik and join! mana taw rezeki korang ada, hehe..

terima kasih :)

Tuesday 2 August 2011

ar-rahman (yang maha pemurah) :)

assalamualaikum semua :)
sempena ramadhan ni, along nak kongsi sikit surah dalam al-Quran yang along suka~



SURAH AR-RAHMAN~
surah ke 55..
ada 78 ayat..
surah yang paling banyak mengulangi ayat yang sama..

along rasa seronok je bila baca surah ni~ sekali baca,nak baca lagi taw,
surah ni ajar kita untuk bersyukur kat Pencipta kita sebab Dia lah pemberi nikmat kat kita~

banyak kelebihan surah ni, antaranya :

  • menjadikan kita sebagai hamba yang bersyukur
  • menambahkan rezeki dari jalan yang diredhai
  • menghilangkan kesusahan dalam hidup

bukan surah ni je yang ada kelebihan~ semua surah ada, al-Quran kan perfect :)
kalau nak taw terjemahan surah ni, boleh klik sini , nak dengar pun boleh :)
surah - surah lain pun ada, ok??

ok, sampai sini dulu, SELAMAT BERPUASA semua :)

note: bukan berlagak nak jadi ustazah, cuma nak kongsi~ sharing is caring kan? :D

Monday 1 August 2011

meraban~

assalamualaikum semua :)
hari ni masuk puasa yang kedua, jadi tinggal 35 hari lagi along nak sambung study~



haishh, tak ready lagi kot,,surat tawaran serta keturunan nya pun tak print lagi,medical check up tak buat,adoiiiiii..kapan sih mau beresin semuanya~ (sudah,melalut ke indon pulak)

takut la nak masuk u~
seram2,,hahahaha
(bajet kecik lagi)

ok, dari
>>> tabika kemas
>>> sekolah kebangsaan seri cempaka + sekolah rendah agama parit baru
>>> sekolah menengah kebangsaan munshi abdullah
>>> kolej matrikulasi selangor
>>> uittm puncak perdana
>>> ?????

tu je nak bagi taw,,hehe~
SELMAT BERPUASA :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...